10 Jurujual Terbaik Sepanjang Zaman

Adakah kerjaya anda terlibat dalam bidang jualan? Berikut 10 senarai jurujual (Salesperson) terbaik sepanjang zaman ini ditetapkan oleh Inc.com.

1. John H. Patterson – Mesin Daftar Tunai

Pengasas kepada syarikat NCR (National Cash Register) pembuat mesin daftar tunai (Cash Register Machine), John H. Peterson memperkanalkan skrip untuk jurujual syarikatnya untuk menjual mesin daftar tunai kepada peniaga.

Buku panduan yang diperkenalkan kepada jurujual syarikatnya “How I Sell National Cash Registers”. 4 langkah yang diterapkan oleh John H. Peterson : Pendekatan, Penjelasan, Demotrasi Produk dan Closed Sale.

2. David Ogilvy – Agensi Pengiklanan

David Ogily merupakan taikun syarikat agensi pengiklanan Ogilvy & Mather yang berjaya mencipta kempen pengiklanan yang berkesan kepada beberapa jenama Dove, Rolls-Royce, Schweppes, American Express dan banyak lagi.

Falsafah David Ogilvy dalam pengiklanan :
– Creative Brlliance diterjemahkan sebagai Big Idea
– Penyelidikan
– Keputusan tepat untuk pelanggan
– Disiplin Profesional

Buku beliau yang paling terkenal untuk pengiklanan Confessions of an Advertising Man

3. Mary Kay Ash – Produk Kosmetik

Pengasas syarikat kosmetik Mary Kay Cosmetic Inc. Beliau memulakan karier yang berjaya sebagai Jurujual Jualan Langsung (Direct Sales) pada tahun 1960an dan kecewa apabila karier untuk kenaikkan pangkat dipintas oleh lelaki walaupun beliau mempunyai prestasi yang lebih baik dari saingannya, memulakan syarikat kosmetik bersama anak lelaki dibawah jenamanya bermodalkan USD 5,000.00 duit simpanan. Mary Kay juga dinobatkan sebagai One Of Greatest American’s Enterpreneurs. Buku beliau yang terkenal “Miracles Happen”, “You Can Have It All” dan “The Mary Kay Way”

Ketika penubuhan Mary Kay, dia memulakan startegi jualan langsung seperti karier beliau sebelum ini. Agen jualannya ditukar nama jawatan ke Penasihat Jurujual (Sales Consultant) dan produknya diberi harga borong dan mesti dijual pada harga pasaran oleh agen-agen jualannya. Pada tahun kematiannya 2001 Mary Kay Ash telah mempunyai agen jualan di 37 negara dan 850 ribu agen jualannya.

Akhbar New Times pernah temuramah bersama Mary Kay “Apa formula Mary Kay berjaya begitu pantas?” Mary Kay Ash “Saya memulakan syarikat ini pada usia 45 tahun dan saya tiada masa untuk menipu. Awak tahu keperluan wanita? Dari umurnya 14 sehingga 40 tahun mereka perlukan penampilan, usia wanita 40 sehingga 60 tahun mereka perlukan personaliti dan umur 60 tahun mereka perlukan wang”

4. Dale Carnegie – Penulis, Jurulatih Koperat.

Pernah menjadi jurujual pada syarikat Armour & Company dan menjadi jurujual no. 1 ketika disyarikatnya dan meninggalkan kerjaya pada tahun 1911 dan mencuba bakat menjadi pelakon tetapi kurang berjaya, akhirnya Dale Carnegie mengambil peluang untuk mengajar Public Speaking. Pada tahun 1912 Cale Carnegie memulakan rakaman teknik berucap dan menjual kepada pasaran 2 tahun pada 1914 hasil jualan rakamannya berjaya mencecah USD 500 setiap minggu (nilai semasa USD 12,300.00).

Buku Cale Carnegie yang paling laris diterbitkan pada 1936 “How to Win Friends and Influence People” dicetak 17 kali selepas pertama kali diterbitkan. Malah ketika akhir hayatnya bukunya telah terjual melebihi 5 juta naskah dan ditermahkan ke 31. Dale Carnegie Training adalah pusat pengajian untuk melatih berkaitan perniagaan yang telah dibuka lebih 90 negara, ketika DAle Carnegie meninggal dunia pusat pengajian ini telah berjaya melatih 450 ribu pelatih.

5. Joe Girard – Kereta.

Direkodkan sebagai jurujual kereta terhebat abad ini dengan rekod jualan 13,001 unit kereta Chevrolet dan direkod The Guinness Book of World Records sebagai World’s Number One Retail Salesperson.

Rekod tertinggi jualan kereta sehari beliau adalah 18 unit dan hampir 70 unit setiap bulan, rekod jualan tahunan tertinggi beliau pada 1973 adalah 1,425 unit, rekod ini berjaya dipintas oleh Ali Reda pada tahun 2017 1,582 unit, rekod yang lain masih dipegang oleh Joe Girard tanpa dipintas semenjak 1973!.

Kunci kejayaan beliau adalah Value Of Mouth Marketing (Customer Recommendation)

6. Erica Feidner – Piano

Jurujual piano jenama Steinway & Sons, berjaya menjual piano pada nilai sehingga USD 41 juta lebih 1,600 piano terjual yang setiap piano berharga bermula dari USD 2,000.00 sehingga USD 152,000.00. Kejayaam Erica Feidner adalah cara pendekatan jualan (Sales Approach) berbeza mengikut kemahiran prospek menggunakan piano.. Prospek baru menjinakkan diri dengan piano Erica akan menggunakan teknik sebagai guru piano, apabila datang prospek yang mahir piano saya akan bawa prospek mencuba pelbagai jenis piano.

Ketika menjawat jawatan jurujual di Steinway & Sons selepas tamat pengajian, Erica dengan pantas menjadi jurujual no. 1 peringkat antrabangsa bagi syarikatnya dan berjaya mempertahankan kedudukan no. 1 selama 8 tahun berturut-turut. Pada 2005 beliau menubuhkan syarikat Piano Matchmaker LLC.

7. Ron Popeil – Peralatan Dapur

Peralatan dapur yang dicipta oleh Ron Popeil adalah mesin pemotong makanan Veg-O-Matic yang popular bermula tahun 1963 di Amerika Syarikat apabila pertama kali muncul dipameran International Housewares Show di Chicago. Veg-O-Matic menjadi lebih popular apabila Ron Popeil sendiri muncul diiklan TV dengan slogan yang terkenal “Set it, and forget it! dan “But wait, there’s more!”

Menarik Ron Popeil adalah beliau juga adalah pesaing bagi syarikat bapanya yang menghasilkan perlatan dapur Chop-O-Matic, apabila beliau menubuhkan syarikatnya sendiri Ronco dan masih menjual dan mengedar produk syarikat bapanya.

Inc.com pernah menebual Ron Popeil pada tahun 2009 “Saya boleh mencipta produk dan saya boleh pasarkan lebih baik dari orang lain di planet ini kerana saya ada keyakinan dan semangat, apabila pembeli melihat ianya adalah benar”

8. Larry Ellison – Teknologi

Pengasas dan Pengerusi Teknologi Oracle Corp, Pata tahun 2017 majalah Forbes menganggarkan aset beliau mencecah sehingga USD 61.8 billion menjadikan beliau antara 10 orang terkaya di Amerika Syarikat. Mengapa Inc.com senarai Larry Ellison sebagai jurujual terhebat sepanjang zaman. Beliau menggunkan teknik menjual dengan diskaun tinggi daripada pesaing dengan pelbagai kos yang tidak dijangka. Larry Ellison adalah orang yang mengambil sikap “Individu paling ditakuti daripada disayangi” jika berlaku sebarang kerugian syarikat dan kegagalan Larry Ellison sanggup dipersalahkan.

Cara kerja Larry Ellison yang paling terkenal adalah menghubungi Pengurus Jualan pada waktu malam dan hujung minggu untuk perbincangan kerja. Inc.com mengelar beliau The king of aggressive corporate technology sales.

9. Zig Ziglar – Motivasi

Zig Ziglar meninggal dunia pada 28 november 2012, sempena kematian beliau majalah forbes menerbitkan 10 kata-kata motivasi yang paling diingati dari Zig Ziglar :
1. “If you can dream it, you can achieve it.”
2. “Your attitude, not your aptitude, will determine your altitude.”
3. “A goal properly set is halfway reached.”
4. “If you go looking for a friend, you’re going to find they’re scarce. If you go out to be a friend, you’ll find them everywhere.”
5. “Expect the best. Prepare for the worst. Capitalize on what comes.”
6. “People don’t buy for logical reasons. They buy for emotional reasons.”
7. “There has never been a statue erected to honor a critic.”
8. “People often say motivation doesn’t last. Neither does bathing—that’s why we recommend it daily.”
9. “You will get all you want in life, if you help enough other people get what they want.”
10. “Remember that failure is an event, not a person.”

Sepanjang karier beliau sebagai pakar motivasi, beliau telah menulis lebih 30 buku yang berkaitan, buku pertamanya “See You At The Top” manuskripnya telah ditolak sebanyak 39 kali oleh penerbit buku dari pelbagai syarikat, akhirnya diterbitkan dan dicetak sehingga sekarang dari tahun 1975.

10. Napolean Barragan – Tilam dan Katil

Napolean Baragan mati dengan tragik apabila mayat beliau ditemui mati dirumahnya dibunuh oleh anaknya yang sakit mental pada tahun 2009 yang beberapa tahun sebelumnya beliau kehilangan anak perempuan 2003 dan anak lelaki 2006 yang mati lemas di kolam renang, tetapi beliau meninggalkan legasi sebagai pakar telemarketing dan jualan internet yang mempunyai syarikat 1800mattress.com

Napolean Barrangan juga menulis buku tentang kejayaannya “How to Get Rich With a 1-800 Number”, Napolean Barrangan memulakan perniagaan dengan meminjam USD 2,000.00 dari isterinya adalah jurujual produk Avon untuk memulakan perniagaan Dial-A-Mattress pada tahun 1976 yang kini dikenali sebagai 1800Mattress.com

Sumber: Facebook Muhamad Qalif