Mr D.I.Y. Bersedia Untuk Memasuki IPO Dengan Nilai RM1.5 Bilion

PENGENDALI kedai barangan perkakasan rumah, MR D.I.Y Trading Sdn Bhd (Mr D.I.Y) dalam perancangan untuk melancarkan initial Public Offering (IPO) sama ada di Malaysia atau Hong Kong pada suku keempat tahun ini.

Perkara berkenaan diumumkan oleh CEO Creador Sdn Bhd, Brahmal Vasudevan. Creador memegang 18% saham syarikat Mr. DIY, manakala baki saham masih lagi dipegang oleh pengasas Mr.DIY.

Menurut The Star, Mr DIY bakal memasuki IPO dengan nilai RM1.5 bilion. Tahun lalu, Mr DIY berjaya membuat keuntungan sebanyak RM300 juta berbanding pendapatan sebanyak RM1.8 bilion.

Cawangan pertama Mr DIY dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Julai 2005 dan kini sudah berkembang lebih 650 cawangan di Asia Tenggara. Dengan lebih 8,000 pekerja, Mr DIY melayan lebih 128 juta pelanggan setiap tahun di Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia dan juga Singapura.

Kejayaan Mr DIY beberapa tahun ini adalah kerana mereka mengekalkan bisnes model menjual barangan yang mampu milik oleh semua. Dengan pilihan barangan yang pelbagai, ianya nyata menjadi pilihan orang ramai untuk membeli barangan perkakasan rumah. Kami yakin apabila anda masuk Mr DIY, barang lain yang dicari barang lain yang akan dibeli.

Mr DIY kini tampil dengan laman e-commerce yang lebih menarik dan mampu untuk bersaing dengan laman e-commerce yang lain seperti Lazada dan Shopee. Semoga perjalanan Mr DIY untuk IPO ini berjalan lancar dan dapat mengembangkan lagi cawangan Mr. DIY di seluruh Asia Tenggara.

 

Sumber: Vocket