AirAsia diiktiraf sebagai Pemangkin Digital Tahunan di Anugerah IDC DXa 2019

SINGAPURA 25 Oktober 2019 – Transformasi digital AirAsia kini diiktiraf di peringkat global setelah dinobatkan sebagai Pemangkin Digital Tahunan Asia Pasifik di Anugerah IDC Digital Transformation (DXa) 2019.

Menewaskan lebih daripada 11,000 syarikat yang tercalon, AirAsia meraih anugerah tertinggi IDC DXa setelah diiktiraf untuk pencapaian yang sama di DXa edisi Malaysia baru-baru ini.

Anugerah tersebut mengiktiraf kecemerlangan syarikat yang dapat dilihat dan diukur melalui penggunaan pelbagai teknologi inovatif untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih peribadi, mengoptimumkan pendapatan sampingan, dan meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan.

Antara teknologi baharu tersebut termasuklah pengkomputeran awan, pengoptimuman tambang melalui pembelajaran mesin, bot sembang yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan, ruang sembang menerusi aplikasi mudah alih, teknologi pengecaman wajah, dan banyak lagi.

IDC DXa juga turut mengiktiraf kepimpinan, bakat dan infrastruktur AirAsia yang luar biasa yang telah membantu dalam menyokong strategi digital baharu syarikat itu.

AirAsia dinobat pemangkin digital terbaik Asia Pasifik - SUKSES News
Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes menerima anugerah Pemangkin Digital Tahunan Asia Pasifik daripada Pengarah Urusan IDC Asia/Pasifik Managing Eva Au.

Anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes di Pusat Konvensyen Raffles semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Dinobatkan sebagai Pemangkin Digital Tahunanbagi Malaysia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Jadi, apabila kami diiktiraf sebagai yang terbaik di Asia Pasifik membuktikan bahawa usaha digital kami mempunyai impak yang besar terhadap tetamu kami di Malaysia dan dalam industri ini. Saya amat berbangga untuk menerima anugerah ini bagi pihak Allstars pada hari ini.”

Kini merupakan edisi ketiga, Anugerah IDC DXa mengiktiraf syarikat yang berjaya merancang dan melaksanakan transformasi digital di dalam satu atau beberapa bidang perniagaan mereka melalui aplikasi digital dan inovasi disruptif.

Newsroom AirAsia