Pengasas Amazon dan Zoom Raih Keuntungan Selepas Wabak Covid-19

UMUM tahu, penyebaran wabak COVID-19 bukan sahaja membahayakan orang ramai malah turut melumpuhkan ekonomi hampir seluruh negara melibatkan pelbagai sektor dan industri.

Pandemik COVID-19 yang melanda ini ternyata turut memberi kesan kepada individu-individu terkaya dunia. Sebagai rekod, gabungan 500 orang terkaya dunia dilaporkan merosot kepada $533 bilion (RM2.32 trilion) setakat 23 Mac lalu.

Di sebalik sejumlah besar syarikat yang mengalami tekanan daripada pandemik COVID-19, masih terdapat pihak yang berjaya mengaut untung besar sejak wabak ini melanda.

Portal The Vocket hari ini melaporkan dua ikon usahawan global yang meraih keuntungan di sebalik wabak pandemik Covid-19.

Yang pertama adalah Jeff Bezos, pengasas kepada syarikat Amazon.

Siapa sangka, sejak perintah lockdown dijalankan, bisnes syarikat e-commerce ini terus mendapat sambutan hangat berikutan tabiat orang ramai yang memihak untuk membeli barangan secara atas talian.

Hal ini secara tidak langsung turut meningkatkan nilai saham Amazon sebanyak 5.3% sekaligus meningkatkan kekayaan beliau yang sebelum ini bernilai $124.7 bilion (RM542.64 bilion) sebelum wabak COVID-19 melanda kepada $138.5 bilion (RM602.70 bilion).

Seorang lagi individu yang berjaya mengaut untung besar-besaran pada musim COVID-19 ini sudah pastinya Eric Yuan yang merupakan pengasas kepada aplikasi Zoom.

Eric Yuan, Pengasas ZOOM.
SUMBER FOTO: BUSSINESS INSIDER MALAYSIA

Menawarkan servis video conference, aplikasi Zoom telah berjaya mengumpul daripada 10 juta pengguna kepada 250 pengguna dalam tempoh tiga bulan sahaja sekaligus memboleh Eric Yuan menjana pendapatan sebanyak $4 bilion (RM17.41 bilion).

Di sebalik berita buruk mengenai aplikasi Zoom, perkara ini tidak menghalang daripada Zoom mengumpul jumlah pengguna yang ramai.

Sumber: The Vocket

Gambar kaver: EL ECONOMISTA