Buat pertama kalinya, penyedia eWallet terbesar Malaysia, Touch ‘n Go eWallet telah mengumumkan kerjasama dengan Lazada Malaysia, yang membolehkan hampir 5 juta pengguna mereka kini boleh menggunakan eWallet sebagai kaedah pembayaran ketika melakukan pembelian di Lazada

Dengan memilih Touch ‘n Go eWallet pada aplikasi Lazada untuk pembayaran, pengguna Touch ‘n Go eWallet kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih cepat, lancar dan lebih bernilai.

Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd berkata, “Selain pusat pembelian runcit luar talian, kami juga bangga untuk memperkenalkan Lazada Malaysia sebagai rakan kongsi runcit dalam talian tempatan pertama kami.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong menunjukkan kaedah pembayaran lancar di Lazada Malaysia melalui Touch ‘n Go eWallet!

Di Malaysia, pasaran dalam talian mempunyai 16.5 juta pengguna yang mana ini merupakan separuh daripada jumlah penduduk dan merupakan pasaran sasaran yang besar.

Dengan kerjasama dengan Lazada, kami menawarkan semua pembeli kaedah pembayaran yang lancar dan selamat.“

“Lebih menggalakkan lagi apabila jumlah pembeli kami meningkat untuk memilih pembayaran digital yang juga memacu ke ke arah masyarakat tanpa tunai. Kami gembira untuk menyediakan Touch ‘n Go eWallet di atas platform Lazada untuk lebih memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah sementara kami bersiap sedia untuk permulaan musim jualan akhir tahun, bermula pada 11.11.

Acara pelancaran ini bertujuan untuk mempamerkan pengalaman membeli-belah tanpa kerumitan dengan Touch ‘n Go eWallet melalui kedai “pop-up bricks-to-clicks” mereka.

Struktur pembelian nyata ini dijayakan dengan sokongan jenama terkenal lain iaitu L’Oreal Paris, Maybelline, Garnier, NYX Profesional Makeup, Nestle dan Unilever yang menawarkan produk mereka untuk pembelian. 

Sebagai sebahagian daripada komitmen Touch ‘n Go eWallet untuk menyediakan pengalaman yang memuaskan, para pengguna boleh Makan, Main dan Riang dengan sepenuhnya dengan promosi dan cashback yang hebat sempena dengan festival membeli-belah popular Lazada pada 11.11 dan 12.12.

Pengguna eWallet juga boleh menikmati lebih banyak tawaran hebat, selain daripada pembelian runcit seperti tiket filem dan penerbangan, membeli-belah, tambah nilai telefon, hiburan dan tawaran F&B.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi eksklusif Touch ‘n Go eWallet di Lazada, layari https://www.tngdigital.com.my/promotions atau log masuk ke www.facebook.com/touchngoewallet/

Previous post Maxis catat prestasi operasi mantap pada suku ketiga
Next post Samsung Malaysia Electronics organised a fun-filled workshop to discover and experience the power of Galaxy Note10|10+