Pertama Kali Kesemua Rangkaian Kasino Genting Seluruh Dunia Tutup

LAMAN portal pasaran Kewangan nombor satu Malaysia, intraday.my melaporkan operasi Resorts Worlds Genting (RWG) di Genting Highlands terpaksa dihentikan bermula 18 Mac yang lalu atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat kesan daripada wabak Covid-19 baru-baru ini

Penutupan operasi termasuklah hotel, pusat hiburan, perniagaan makanan dan minuman (F&B), kasino, Skytropolis Indoor Theme Park, pusat beli belah dan tempat-tempat menarik di Genting Highlands.

Penutupan operasi ini, menurut laporan itu juga melibatkan rangkaian pemiagaan mereka di Amerika Syarikat iaitu Resorts World Casino New York City. Namun, tarikh pengoperasian semula tidak dimaklumkan.

Berbeza dengan Resorts World Sentosa (RWS), pada Ahad lalu kerajaan Singapura memaklumkan bahawa semua pemiagaan akan ditutup secara langsung bermula hari ini sehingga 4 Mei.

Arahan tersebut melibatkan operasi di Universal Studios Singapore, SEA Aquarium, Adventure Cove Waterpark and Dolphin Island dan kasino. Manakala servis keperluan seperti pemiagaan makanan dan minuman (F&B) akan dijalankan secara penghantaran dan bawa pulang.

RWS turut menyatakan bahawa tempahan bilik hotel yang aktif bermula 7 April sehingga 4 Mei akan dibatalkan dan diberi pemulangan bayaran. Malah, kesemua pekerjanya tidak menerima sebarang kesan daripada wabak coronavirus dan masih lagi berkhidmat.

Kesemua kasino di United Kingdom dan Resorts World Birmingham turut diarahkan tutup buat sementara ikutan daripada arahan perdana menteri demi mengawal wabak itu daripada semakin memburuk.

Semalam dilaporkan bahawa saham Genting Bhd berjaya naik daripada 13 sen (3.45%) kepada RM3.90. Ini meletakkan kedudukan pemiagaan pada harga RM 15.02 bilion. Namun pendapatan tahunan sehingga pada tarikh kini susut sebanyak 34% daripada RM5.91.

Kredit Gambar: Wikipedia