BURUH KASAR ASING BERPOTENSI TINGGI DIJANGKITI COVID19

Golongan buruh kasar asing khususnya mereka yang bekerja disektor pembinaan adalah diantara golongan yang dilihat berisiko tinggi dijangkiti virus (Covid-19).

Kebanyakkan mereka tinggal penempatan rumah kongsi sementara dalam keadaan sesak dan sempit.

Dari segi kesihatan, rumah kongsi tiada sistem pembuangan najis sempurna, pekerja mandi dan membasuh di kawasan sama, manakala mereka juga menyediakan makanan dengan memasak di rumah kongsi.

Adalah penting bagi pihak majikan mengambil serius tentang langkah membendung penularan penyakit ini daripada merebak dikalangan pekerja mereka dengan menyediakan perlindungan seperti penutup muka (mask) dan pencuci tangan (sanitizer) serta memantau pergerakan sosial mereka.

Pihak majikan juga HARUS menyediakan bekalan makanan kepada pekerja mereka yang hidup tanpa bergaji akibat kerja pembinaan tergantung sepanjang tempoh PKP ini.

Mahathir Hj Mohd Rais
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN BARU MALAYSIA

SEGAMBUT, KUALA LUMPUR

17 APRIL 2020