Menyokong Pencalonan YB ADUN Paya Rumput Dato’ Mohd Rafiq Naizamohdeen Sebagai Ketua Menteri Melaka Yang Baharu

Umum mengetahui bahawa ketika ini rakyat negeri Melaka tertumpu pada beberapa nama yang disebut-sebut untuk mengetuai pentadbiran negeri Melaka selepas kerajaan Pakatan Harapan gagal mempertahankannya.

Justeru, berdasarkan atas pertimbangan senario politik semasa saya percaya YB Dato Mohd Rafiq Naizamohideen merupakan calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-12. Beliau merupakan antara aset terbaik didalam pentadbiran kerajaan negeri yang lepas.

Dengan perlantikan beliau saya percaya keadaan politik dan kestabilan ekonomi Negeri Melaka akan kembali kukuh.

Kewibawaan beliau jelas membuktikan bahawa perjuangan beliau adalah sentiasa berpaksikan demi membela rakyat agama dan bangsa di negeri Melaka.

Saya mendoakan agar beliau dapat diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-12 dan dapat membawa Melaka ke arah yang lebih berwawasan dan cemerlang bagi generasi masa hadapan.

Mahathir Mohd Rais
Ketua Bahagian Segambut
Exco ARMADA Nasional
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

3 MAC 2020