Pelancaran Program lstana Budaya 2018

 

23 Februari 2018 (Selasa)
Lambang Sari, Istana Budaya

Majlis Pelancaran Program Istana Budaya 2018 yang disempurnakan oleh YB Dato‘ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, telah diadakan pada 23 Februari 2018 (Selasa) di Lambang Sari, lstana Budaya.

Pelancaran ini menandakan pembukaan semula Panggung Sari yang telah ditutup selama lebih lapan (8) bulan bermula Mei 2017 hingga awal tahun 2018 untuk kerja-kerja naiktaraf di bawah RMK-11 Istana Budaya yang melibatkan kerja-kerja elektrik, sistem audio, mekanisme pentas dan kerusi serta karpet panggung yang baharu.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK), ketua-ketua agensi di bawah KPK, syarikat-syarikat penganjur persembahan serta wakil media cetak dan elektronik.

Istana Budaya membuka tirai 2018 dengan sebuah program yang mencipta sejarah tersendiri iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD) hasil kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Istana Budaya. Program utama KUD merupakan karnival rakaman secara Iangsung episod ‘Grand Final’ rancangan “RBC Mencari CEO Desa” di Panggung Sari dan seminar bertajuk “Muzikal #YouCanDuit” yang merupakan satu-satunya seminar berkonsepkan muzikal pernah diadakan di Malaysia, di samping karnival jualan peribagai produk desa di perkarangan lstana Budaya.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

Pentas Panggung Sari juga dibuka dengan menampilkan sebuah program teater yang pastinya memberi impak besar kepada Istana Budaya iaitu “OlaBola the Musical” yang dipersembahkan oleh CIMB. Teater muzikal adaptasi daripada filem OlaBola ini menjanjikan paparan teknologi paling canggih dalam pementasan teater dan bakal menjadi persembahan penama paling lama dipentaskan di lstana Budaya iaitu sebanyak 29 hari.

Sehingga Januari 2018, lstana Budaya menerima lebih 50 permohonan pementasan dan sebanyak 20 persembahan telah dipilih untuk pengisian slot antaranya program antarabangsa seperti “Mystic India, The World Tour” dan “Mummenschanz”. Antara persembahan tempatan yang bakal memerlahkan pentas Panggung Sari bagi program bergenre muzik lalah “KRU25 The Musical by KRU”, “Konsert Doa Buat Kekasih”, “24 Festive Drum Concert 2018”, program bergenre teater ialah “Pengantin Popular”, “Cinta Perlama” serta program bergenre tarian laltu “Amidst The Wind” dan “Giselle Full Length Ballet”.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

Jumlah pementasan ini bakal bertambah berikutan pembukaan semula Panggung Sari yang pastl menarik minat syarlkat penganjur persembahan untuk mementaskan program mereka di sini, lebih-lebih lagi dengan kadar sewa yang masih kompetitlf jlka dlbandingkan dengan pentas-pentas lain.

Sepanjang 2017, lstana Budaya tetap mempunyal pencapalan yang membanggakan walaupun ditutup selama lebih lapan (8) bulan. Sebanyak 14 program dengan pecahan 5 teater, 5 muzik, 3 tari serta sebuah program anugerah telah berjaya dipentaskan di Panggung Sari dan “black box” Lambang Sari yang memberikan jumlah hasil kutipan tiket melebihi RM3 juta.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

YB Menteri Pelanoongan dan Kebudayaan bersama-sama YBhg Dato’ Mohamed Juhari bin Shaarani, Ketua Pengarah lstana Budaya, merakamkan penghargaan kepada semua pihak media cetak dan elektronlk yang tidak putus memberikan sokongan padu berserta hebahan juga publisiti kepada semua program yang telah dilaksanakan di lstana Budaya sepanjang tahun 2016 sehingga penghujung 2017.

lstana Budaya mengharapkan sokongan yang sama akan diteruskan lagi pada tahun ini d3“ tahun-tahun akan datang.