PILIHAN TERBAIK JUADAH BERBUKA PUASA SEPANJANG RAMADHAN 1439 HIJRAH DI RANGKAlAN RESTORAN ME’NATE STEAKHUB

Sudah pasti ramai yang mencari tempat yang menarik setiap kali tibanya bulan Ramadhan bagi berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Menje|ang Ramadhan 1439 Hijrah yang bakal tiba kali ini, Restoran Me’nate Steakhub membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menyajikan pakej bufet berbuka puasa bertemakan “Western & Local Delicacies Buffet” yang pastinya, memberikan keunikan tersendiri dengan menyajikan 3 set menu berbeza yang bersilih ganti setiap hari.

Restoran Me’nate Steakhub yang telah memenangi 2 anugerah berprestij pada tahun ini sebagai restoran stik dan makanan barat terbaik tanah air akan menyajikan hidangan bufet makanan barat dan tempatan yang pastinya memberi kepuasan kepada para pelanggan yang berbuka puasa di Restoran Me’nate.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

Restoran Me’nate Steakhub juga turut mengetengahkan konsep gerai untuk menampilkan kelainan dan pilihan mengikut kategori hidangan. Setiap gerai dan seksyen mempunyai menunya tersendiri. Dengan hampir 40 jenis hidangan setiap hari yang terdiri daripada seksyen pembuka selera, salad dan sup, gerai daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut, dan seksyen minuman sejuk dan panas akan disediakan untuk para pelanggan.

Selain menghidangkan menu ala barat, Restoran Me’nate Steakhubjuga turut menghidangkan set nasi seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, nasi biriyani dan sebagainya bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang ingin menjamu selera.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

Tarikan utama di Me’nate sudah tentu seksyen panggangnya, jika kebiasaannya kita Iihat kambing golek menjadi tarikan utama, Restoran Me’nate Steakhub tampil membawa kelainan dengan menu unik yang istimewa Ramadhan 1439 Hinrah ini, iaitu rusa golek yang segar bakal menjadi hidangan yang ditunggu tunggu untuk berbuka puasa setiap hari di Restoran Me’nate Steakhub ini.

Menu yang disediakan ini pastinya pilihan menu yang terbaik hasil daripada persepakatan para chef dan pihak pengurusan Me’nate Steakhub setelah meneliti secara terperinci juadah yang menjadi kegemaran para pelanggan sewaktu berbuka puasa.

Menariknya pakej bufet Ramadhan ini adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak bermula jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam dimana pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan juadah berbuka puasa yang pastinya berbaloi dan memenuhi citarasa anda yang gemarkan makanan barat dan makanan Melayu pada masa yang sama.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me’nate, tidak perlu risau kerana selepasjam 8.30 malam Restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa sehingga jam 11 malam.

Restoran Me’nate Steakhub mempunyai empat cawangan terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me’nate steakhub juga mempunyai surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan solat.

Terima kasih daripada:

1. Syed Omar Bin Syed Abdullah, Chairman/Pengarah, Palace Butcher Resources Sdn Bhd
2. Syed Ashraf Bin Syed Ali, Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd
3. Syed Shafiq Bin Syed Mohamad, Ketua Pegawai Operasi
4. Muhammad Fazli Bin Abdullah, Ketua Chef

###

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Aidah +6012-294 4425 atau Encik Farid +6011-2705 8455