SETELAH 10 tahun membina kerjayanya dalam dunia korporat, Tan Quan Ming, 38, membuat keputusan meninggalkan pekerjaannya untuk menjadi seorang usahawan eDagang. Ternyata ramai rakan dan ahli keluarga Tan terkejut dengan keputusannya melepaskan pekerjaan yang stabil dan bergaji tinggi.
“Ada pepatah yang mengatakan, ‘Jika anda bekerja untuk orang lain, anda sedang membina impian mereka. Jadi, mengapa tidak membina impian anda sendiri?’ Itulah sebabnya saya bercita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri,” kata Tan, yang berkongsi kisah di sebalik pelancaran AutoBug Club di platform Lazada pada tahun 2018.
Kedai dalam taliannya ini mengkhusus dalam aksesori automotif, termasuk minyak wangi kereta, vakum, dan bank kuasa untuk jump starter.
Tan tertarik kepada eDagang kerana dua sebab utama: jangkauan dan kemudahan. Walaupun beliau berpusat di Petaling Jaya dan mempunyai gudang di Kota Kemuning, melalui kedai dalam taliannya, beliau mampu menjual dan menghantar produk kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan juga kepada pelanggan antarabangsa. Tan menjelaskan bahawa berbanding dengan kedai fizikal, perniagaan eDagang melibatkan kos dan risiko yang jauh lebih rendah.

Selain itu, eDagang telah membolehkan Tan meluang lebih masa berkualiti bersama keluarga. “Perkara paling berharga bagi saya ialah peluang untuk mengeratkan hubungan bersama ibu bapa dan abang saya. Ini adalah sesuatu yang wang tidak boleh beli. Saya menghargai nikmat ini lebih daripada ganjaran kewangan,” katanya.
Berjaya dengan Lazada
Dari awal perniagaannya, Tan sedar betapa pentingnya berinteraksi dengan pelanggan untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang positif dan berkesan. Oleh itu, beliau menubuhkan satu pasukan khas untuk menghubungi pelanggan secara peribadi bagi menyampaikan ucapan terima kasih, menawarkan bantuan, meminta ulasan, serta menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang lain.
“Pendekatan ini membolehkan kami berkembang dengan lebih pesat. Apabila jumlah pengunjung meningkat, begitu juga jualan dan ulasan yang diterima,” kata Tan sambil menambah bahawa pasukannya turut mengambil kira maklum balas pelanggan untuk menambah baik perniagaan.
Walaupun Tan tidak pernah bekerja dalam industri eDagang sebelum melancarkan AutoBug Club, beliau berjaya mempelajari selok-belok perniagaan dalam talian dengan pantas berkat sokongan dan sumber yang disediakan oleh Lazada dan komuniti penjualnya. Selain daripada memanfaatkan tutorial yang tersedia melalui Universiti Lazada, beliau menghadiri pelbagai acara yang dianjurkan oleh pasukan komuniti Lazada.
“Acara-acara ini memberi kami peluang untuk bertemu rakan penjual lain dan kumpulan perintis Duta Penjual, yang banyak mengajar kami tentang dunia eDagang,” katanya.
Pelbagai alat yang disediakan oleh Lazada, termasuk baucar diskaun dan tawaran penghantaran percuma, turut memainkan peranan penting dalam membantu AutoBug Club menarik dan mengekalkan pelanggan, tambah Tan. Oleh disebabkan sumber yang tersedia ini, AutoBug Club berjaya menjadi penjual baharu teratas dalam kategori motor dan automotif dalam tempoh enam bulan pertama selepas dilancarkan di Lazada.
Memperkasakan Usahawan eDagang
Selain mengendalikan AutoBug Club, Tan juga berdedikasi untuk membantu usahawan eDagang lain mencapai impian mereka. Beliau dinamakan sebagai Duta Penjual Lazada pada tahun 2021 dan sejak itu, beliau berkongsi pengalaman serta pengetahuannya dengan penjual lain melalui acara Masterclass Lazada.
“Sebagai Duta Penjual Lazada, kami diberikan latihan dan sentiasa dimaklumkan tentang alat serta perubahan terbaru di platform Lazada. Kami bertanggungjawab untuk menyebarkan mesej dan pembelajaran ini demi kemajuan komuniti penjual,” kata Tan. Sebagai Duta Penjual, beliau juga membantu menguji dan memberi maklum balas tentang ciri-ciri baharu Lazada untuk memastikan ia memberikan hasil terbaik kepada penjual, tambahnya.
Tan juga membantu menguruskan kedai eDagang untuk pemilik perniagaan lain, setelah mendapat inspirasi untuk meneruskan usaha ini setelah berbicara dengan seseorang dari syarikat pelabur yang melabur dalam syarikat rintisan. Pasukannya kini menawarkan perkhidmatan eDagang yang lengkap, termasuk pembinaan kedai pelanggan, pengurusan inventori serta pemasaran, dan melalui usaha ini, beliau dapat memperkasakan peniaga lain untuk berjaya dalam talian.
Untuk masa hadapan, Tan menyatakan beliau bercita-cita untuk menjadi salah satu pemboleh eDagang terkemuka di Asia Tenggara. Beliau berharap untuk mendapatkan pembiayaan supaya dapat berkembang dengan lebih cepat dan membantu lebih banyak perniagaan mencapai sasaran jualan serta hasil eDagang mereka.
“Setiap penjual mempunyai perjalanan yang unik dan mereka pasti mencapai matlamat serta destinasi mereka mengikut garis masa masing-masing. Kelajuan mencapai matlamat bukanlah ukuran kejayaan kerana perjalanan ini bukan satu perlumbaan,” kata Tan. Beliau turut menasihatkan para usahawan untuk mengikut langkah mereka sendiri, bukan laluan yang ditetapkan oleh orang lain.
“Saya telah menghabiskan 3-6 tahun terakhir untuk mempelajari cara menjadi seorang usahawan yang berjaya tanpa hanya fokus kepada keuntungan. Ya, keuntungan itu penting, tetapi menjalankan perniagaan dengan betul dan beretika adalah lebih penting bagi saya,” kata Tan mengenai perjalanan eDagangnya. “Apabila anda menjalankan perniagaan dengan betul, anda tidak perlu mengejar wang; ia akan datang kepada anda. Itu adalah kepercayaan saya.”
Daftar sekarang untuk menjadi Penjual Lazada.