Veteran industri akan membantu mengawasi pertumbuhan dan perkembangan Etika dalam sektor FMCG sambil menggandakan komitmen kemampanan organisasi tersebut 

KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2022 – Kumpulan Etika (“Etika”), salah satu syarikat pengeluar minuman halal terkemuka di rantau ini telah mengumumkan pelantikan Santharuban Thurai Sundaram sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sambil organisasi tersebut terus menerajui kejayaan dalam industri FMCG. Beliau dilantik pada tempoh yang penting dalam pertumbuhan Etika yang kini sedang membuka ruang untuk alternatif yang lebih sihat dan pendekatan yang mampan dalam industri FMCG.

Tidak asing dalam industri FMCG, Santharuban membawa bersama beliau pengalaman lebih dua dekad setelah memegang beberapa jawatan penting termasuk Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Gantian Etika dan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advend, sebuah perniagaan layan diri yang berpusat di Singapura yang telah diambil alih Etika pada 2019.

Di bawah kepimpinan beliau, industri FMCG di Malaysia telah menyaksikan beberapa kempen dan strategi inovatif yang telah membangkitkan jenama seperti Kopi WONDA dan Susu Goodday dengan pertumbuhan jenama seperti Pepsi, Mountain Dew, Tropicana, dan lain-lain.

Santharuban juga telah mengukuhkan pandangan pengguna di Malaysia terhadap konsep layan diri sebagai alternatif kepada pembayaran tanpa sentuh. Kadar penggunaan kaedah pembayaran baharu dan teknologi layan diri ini telah berjaya menyaksikan peningkatan sejak bermulanya pandemik. Beliau juga telah menerima beberapa anugerah seperti Ketua Pegawai Pemasaran Terbaik dan banyak lagi yang mengagumkan lagi portfolio beliau.

“Industri FMCG tidak berhenti mengembang dan banyak yang perlu dilakukan kerana keperluan pengguna sentiasa berubah dengan pantas mengikut trend dan permintaan. Bagi kami dalam sektor FMCG, kami perlu mementingkan pendekatan bermatlamat yang boleh mewujudkan kesan positif kepada pengguna, komuniti dan alam sekitar.

“Oleh itu, saya amat berbesar hati untuk dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi seperti Etika yang sentiasa berusaha untuk membina komuniti yang lebih baik. Saya berharap dapat bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk menghasilkan manfaat yang bernilai untuk pengguna kami,” kata Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei) dan Anak Syarikat – Kumpulan Advend.

Dalam jawatan baharu beliau, Santharuban akan mengetuai usaha pertumbuhan yang konsisten bagi Etika melalui pendigitalan dan strategi pasaran yang inovatif. Santharuban juga akan menerajui rancangan syarikat untuk menjadi perniagaan yang hijau, mampan, dan cekap menghadapi cabaran alam sekitar dan masyarakat. Santharuban akan mengambil alih usaha ini daripada Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Khalid Alvi.

Pada tahun-tahun yang lepas, Etika telah menunjukkan keupayaannya untuk memenuhi keperluan pengguna dengan mengembangkan portfolio produknya melalui pilihan minuman sedia diminum (RTD), tanpa tenusu dan juga tanpa gula tambahan.

Kumpulan syarikat ini juga telah memacu inisiatif seperti Etika Cares yang bertujuan untuk melaksanakan projek yang bukan sahaja menjadi tonggak sokongan tetapi juga untuk membantu mengekalkan
kebajikan masyarakat setempat.

Melalui kepimpinan baharu Santharuban, pihak berkepentingan dan para pengguna Etika boleh terus menantikan pertumbuhan kumpulan syarikat tersebut dalam industri sebagai perniagaan yang mampan dan bertanggungjawab.

Previous post Alif Satar & The Locos x Raihan tampilkan EP ‘The Sunnah The Better’
Next post Sharp Malaysia cipta semula gaya hidup norma baharu melalui ekosistem penyelesaian Komprehensif