CHINA: Beberapa Bank di China termasuk Bank Henan selaku antara bank terbesar di China telah membekukan wang simpanan penyimpan yang sekaligus menghalang penyimpan daripada mengeluarkan wang.

Difahamkan insiden yang berlaku disebabkan krisis ekonomi di negara berkenaan telah membuatkan wang pendeposit bernilai $40 bilion yuan (~RM26.74 bilion) dibekukan.

 

Lebih membuat para penyimpan berang, pihak kerajaan seolah tidak bertanggungjawab dan menyebelahi pihak bank apabila tiada tindakan dalam mendesak wang penyimpan dilepaskan.

Malah, media arus perdana juga diharamkan dari melaporkan berita ini untuk pengetahuan umum.

Berikutan jumlah tekanan ekonomi serta kenaikan kes COVID-19 yang membuatkan orang ramai memerlukan wang tunai untuk dibelanjakan, sejumlah besar penyimpan di bank berkenaan telah mengadakan protes di bank tersebut.

Tidak kurang juga yang sanggup menceroboh bank tersebut semata-mata mahu mendapatkan wang yang disimpan.

Melihat kepada peningkatan penunjuk perasaan, pihak kerajaan China telah mengarahkan pihak polis serta kereta kebal digunakan dalam menghalang pihak penunjuk perasaan ini.

https://www.youtube.com/watch?v=SlpC5OC0q_A

Sementara itu, pihak bank di China dilaporkan sudah mulai melepaskan semula wang para penyimpan dan pelabur bermula 15 Julai. Walau bagaimanapun, pelepasan wang tersebut bakal dilakukan secara berperingkat.

Insiden yang berlaku telah melibatkan beberapa bank di China ini turut dilabel sebagai antara scam bank terbesar dunia sekaligus menggugat pengaruh Xi Jinping sebagai Presiden China.

Sumber: thevocket.com

Kredit Foto: financialexpress.com

Previous post vivo Kickstarts the Visual Creator Short Film Awards to Encourage Malaysians to Unleash Their Creativity
Next post DK-MY Properties menuju ke hadapan dengan pelancaran projek bernilai RM4.5B GDV menjelang 2025