KUALA LUMPUR: Nestle (Malaysia) Bhd berkata jualannya meningkat sekali ganda menerusi e-dagang Shopee Malaysia dalam tempoh setahun usaha samanya dengan pasaran dalam talian itu.

Ketua e-Dagang dan Nescafe Dolce Gusto, Nestle Malaysia, Joshua Zhu, berkata pada Mac 2017, pihaknya menyertai Shopee Malaysia sebagai peluasan berterusannya dalam ruang e-dagang, yang membolehkan kumpulan nutrisi, kesihatan dan kesejahteraan itu menembusi segmen baharu pengguna dan membangunkan pangkalan asas pembeli setia dalam talian.

“Kami bangga menjadi antara syarikat awal yang mengguna pakai e-dagang dalam kalangan penggiat makanan dan minuman di Malaysia.

“Pendekatan peniagaan kami yang progresif adalah demonstrasi pandangan kehadapan dan fleksibiliti kami dalam mengapliksikan teknologi bagi merealisasikan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia dalam kalangan individu dan keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yang Berbahagia Datuk Muez bin Abd Aziz, Deputy Secretary General of Consumerism and Management [second from left] together with Mr. Chew Soi Ping, Executive Director, Sales Nestlé Malaysia Berhad [first from left], Mr. Joshua Zhu, Head of E-commerce & NDG Nestlé Malaysia Berhad [third from left] and Mr Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee [fourth from left] taking away the Shopee Seller of the Year Award. FOTO: Majalah Labur
Dengan menyertai semua kempen Shopee, Nestle dapat mencapai segmen pengguna baharu dan membangunkan asas pembeli dalam talian yang setia.

Sehingga kini, Nestle mempunyai lebih daripada 700 produk unik yang tawarkan menerusi platform e-dagang, termasuk Milo, Maggi, Nescafe dan Lactogrow yang memenuhi keperluan pengguna setiap kumpulan umur.

Prestasi kukuh itu berjaya menempatkan Nestle pada kedudukan teratas dalam kategori runcit di Shopee, yang membawa kepada kemenangan kumpulan itu sebagai Penjual Terbaik Tahunan pada Anugerah Penjual Shopee 2018.

Pengurus Kategori Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, berkata 2018 adalah tahun kejayaan bagi Nestle dengan banyak produknya laris di Shopee.

“Kami menyambut baik pendekatan mereka dan yakin bahawa tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih besar dan lebih baik untuk Nestlé dan Shopee,” katanya. –BERNAMA

Sumber: Majalah Labur via BH Online / Bernama

Previous post Gadis OKU cipta nama dengan kuih bulan
Next post REV Asia ambil alih 25% portal TanTanNews