ANAK kelahiran negeri Kelantan ini yang mesra dipanggil sebagai Coach Yie begitu bersemangat memasang impian untuk menjelajah ke seluruh negara bagi berkongsi kepakaran beliau tanpa mengenakan yuran yang tinggi.

Coach Yie atau nama sebenarnya, Mohd Ashar Yusri Mohd Yunus merupakan Presiden Kelab Usahawan Ebook Malaysia (KUEM), kelab berstatus NGO yang ditubuhkan untuk memberi penerangan serta membuka peluang keusahawanan ebook kepada seluruh rakyat Malaysia terutama golongan Bumiputera yang dilihat masih ketinggalan dalam industri ini.

Hanya yuran komitmen RM10.00 di bawah payung KUEM, Coach Yie bersama pasukan bersedia memberi taklimat dan latihan teknikal kedai buku dalam talian (online) kepada mana-mana pihak yang berminat.

Ini terbukti apabila kejayaan beliau bersama pasukan menganjurkan bengkel ebookstore di Kota Bharu pada 15 Feb 2019. Kehadiran yang melebihi sasaran dan testimoni dari peserta yang amat selesa cara penyampaian penceramah KUEM, Coach Yie yakin jika siri jelajah beliau ini diteruskan ianya bakal mendapat sambutan luar biasa dari semua pihak.

KUEM di bawah kepimpinan beliau juga membuka peluang kepada peserta untuk memiliki kedai ebook dalam talian secara percuma, menjana pendapatan tanpa had malah turut menyediakan kursus menulis ebook pada kadar yuran yang rendah kepada yang berminat.

Sesungguhnya semangat beliau yang asalnya dari insan yang biasa-biasa bakal menjadi ikon baru dunia keusahawanan industri digital.

 

INFO KELAB USAHAWAN EBOOK MALAYSIA (KUEM)

KUEM ditubuhkan pada 15 Januari 2019 setelah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan dan ianya hasil cetusan idea beberapa usahawan ebook yang melihat bahawa pentingnya para penulis ebook di Malaysia bernaung di bawah satu persatuan bagi mengembangkan lagi aktiviti penulisan dan penjualan ebook mereka.

Bukan itu sahaja, dengan adanya kelab ini, para usahawan ebook dapat berkongsi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam industri ini yang potensinya amat luas.

Visi KUEM adalah untuk menjadi sebuah organisasi usahawan ebook diiktiraf diperingkat antarabangsa dan misi melahirkan 1000 usahawan dan penulis ebook menjelang tahun 2020.

Objektif KUEM sangat jelas iaitu mewujudkan hubungan di antara para usahawan ebook seluruh malaysia,memberi peluang kepada para penulis ebook untuk menguasai ilmu keusahawanan, membantu masyarakat dengan memberi ilmu keusahawan ebook, membantu ahli dan masyarakat dalam kerjaya menulis ebook dan membantu memberi kesedaran kepada masyarakat dalam kepentingan bahan bacaan elektronik.

Perancangan bagi 2019 amat menarik jika ditanya kepada Presiden KUEM sendiri yang beliau sendiri akan turun padang berkongsi ilmu usahawan ebook keseluruh negara. Terbaru kerjasama yang akan bermula tahun 2019 adalah dengan Kolej Komuniti Selayang, Usahanita Kota Bharu, Koperasi Pegawai Kerajaan Malaysia dan beberapa lagi organisasi yang sudah menyatakan minat menjemput pihak KUEM.

 

Previous post Vespa Malaysia Is Back In Black This Valentines Day With Vespa Notte Edition
Next post Jawatan Kosong Pembantu Jualan & Supervisor