Post Views: 397
MENGKAGUMKAN! Hanya dalam masa dua jam sahaja berdiri untuk membuat promosi produk menerusi platform niaga digital, GoShop malam tadi, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berjaya membuat jualan Set Istimewa Vantage berjumlah RM8 juta ringgit bersamaan kira-kira RM67,000 seminit.
Memetik laporan MHE TV, dalam rancangan tersebut, Siti Nurhaliza telah berjaya menjual 22,000 unit Set Istimewa Vantage yang berharga RM369 setiap satu sekaligus mencatatkan satu rekod jualan yang luar biasa.
Info tersebut dikongsi oleh penulis berpengaruh media sosial yang digelar Bapa Viral Kebangsaan iaitu Khairul Hakimin Muhammad yang memuat naik pada laman Facebook peribadi miliknya. – MHE TV
Kredit foto: MHE TV