AMMAN, JORDAN: 11 syarikat tempatan berjaya mencatat potensi jualan mencecah lebih 10 juta ringgit pada Ekspo Makanan dan Teknologi Amman Jordan 2023 (INFTEXPO 2023).

Ia membabitkan jualan produk minuman dan makanan keluaran syarikat kecil dan serdahana malaysia, yang berjaya menarik minat pembeli antarabangsa terutama daripada Asia Barat. 

Pembabitan negara di ekspo antarabangsa terbabit adalah dibawah inisiatif Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia, (PENGILANG), dengan kerjasama MATRADE.

Menurut Presiden PENGILANG, Datuk Azman Yusoff, terdapat minat yang tinggi terhadap produk Malaysia di pasaran Jordan dan Asia Barat terutama dalam segmen makanan.

5 memorandum persefahaman MoU perdagangan turut dimeterai di antara HA One Holdings dan syarikat daripada Jordan, Iraq, dan Mesir yang disaksikan Duta Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman.

Beberapa potensi kerjasama perdagangan turut terjalin di antara syarikat PKS tempatan dan pembeli daripada Arab Saudi, dan Syria.

Sumber: Buletin TV3

Previous post Helmi Gimmick kembali latih masyarakat jadi usahawan
Next post Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia dan Gerakan Media Merdeka kecam sekatan terhadap portal berita