Dengarkan RALIT di semua pelantar digital mulai 14 Mei 2021

PETALING JAYA, 14 MEI 2021

Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT oleh Tuju dan menampilkan Malik Abdullah di pelantar digital hari ini.
Sebuah lagu rap yang digubah oleh Ming dan Wolfy, ditulis dan dinyanyikan oleh Tuju yang mempunyai
vokal yang unik dan serak dan dihidupkan lagi dengan vokal luar biasa oleh Malik Abdullah. RALIT
yang kini boleh didengarkan di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes.

“Alhamdulillah, kami sangat berbesar hati di atas peluang dan kerjasama dari pihak produksi dan
pemasaran filem ini. RALIT diilhamkan dari penceritaan J2: J Retribusi di mana seorang hero yang
berada dalam keadaan yang genting dalam masa yang semakin suntuk untuk menyelamatkan orang
yang disayanginya. Saya berharap penonton dan peminat muzik dapat menghayati setiap bait lirik lagu
ini bersama penceritaan di sebalik filem yang hebat ini. Terima kasih,” kata Tuju.

“Ianya sebuah kerjasama yang sangat mudah apabila kami sebulat suara dapat menyatukan mereka
dalam sebuah lagu di mana sebelum ini kami pernah bekerjasama bersama Malik Abdullah untuk runut
bunyi Ejen Ali The Movie untuk lagu Kita Jaga Kita dan kami sentiasa menghargai perjalanan muzik
Tuju dan K-Clique. Oleh itu besarlah harapan kami kepada peminat dan penonton akan menikmati trek
yang hebat ini”, kata Puan Liz Chong, Ketua, Pengedaran dan Pemasaran Filem.

Video lirik rasmi RALIT akan dilancarkan di YouTube Monkey Bone (youtube.com/MonkeyBoneRecords)
tepat jam 3 petang ini.

Artis: Tuju featuring Malik Abdullah
Komposer: Ming, Wolfy

Penerbit Asal: MassMusic Worldwide Enterprise

Penerbit-Sub: Universal Music Publishing/Tuju (Keramat Music Publishing)

Lirik: Tuju (Keramat Music Publishing)
Penerbit: Ming (MassMusic Worldwide Enterprise)

Hak Cipta: Monkeybone

J2: J Retribusi, sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas J Revolusi, akan
dilancarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021. Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar di
peranti Android dan iOS mulai 1 Jun 2021 dan langgani dengan RM54.90 untuk 3 bulan. Untuk info lanjut,
sila layari DisneyPlusHotstar.my.

J2 #JRetribusi

Previous post Demonstrasi ‘Kerajaan Gagal’ satu bentuk provokasi – Bersatu
Next post Mengambil peluang pertumbuhan maju waktu pandemik