BEIJING – Filem James Bond terbaharu ‘No Time to Die’ yang mula ditayangkan di pawagam China semalam, mencatat rekod pecah panggung pada hari pertama tayangan, menurut data Rangkaian Data Maklumat Filem China.
Francais ke-25 filem Bond itu adalah yang kelima Daniel Craig dan menjadi lakonan terakhir untuk pengintip Britain itu.
Filem berkenaan mengutip 49.5 juta yuan (RM31.88 juta) pada Jumaat, lapor Xinhua.
Filem epik perang ‘The Battle at Lake Changjin’ turun setapak di tempat kedua carta, mengumpul 28.1 juta yuan, selepas mengisi tempat pertama senarai sejak hampir sebulan dengan kutipan kasar pecah panggung sebanyak 5.4 bilion yuan.
Sementara itu, filem ‘Dune’, sebuah filem sains fiksyen dari Britain yang diadaptasi daripada novel karya Frank Herbet, menduduki tempat ketiga carta dengan kutipan 6.4 juta yuan. – Berita Harian