SUBANG JAYA, 7 JULAI 2024 – Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor telah berjaya menganjurkan Program Gema Puisi Orang Silat 2024 (GEMPOR24) sempena Seminar Penulisan dan Pemasaran E-Buku pada 7 Julai lalu bertempat di Dewan Seminar Fast Skill Resources, Putra Height, Selangor.

Program GEMPOR24 merupakan kerjasama dengan syarikat MSGA Sdn Bhd iaitu sebuah organisai korporat yang mempunyai kepakaran penulisan dan penerbitan e-buku/buku fizikal.

Program yang penuh dengan pengisian ilmu dan disulam dengan seni budaya itu juga telah mendapat sokongan daripada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Selangor (JKKN).

Beberapa NGO lain turut hadir memberikan kerjasama seperti Kelab Penulis Muda Malaysia (KPMM), Kelab Usahawan Ebook Malaysia (KUEM) dan Pertubuhan Transformasi Wanita Anggun.

Program yang dihadiri oleh 60 orang peserta bersama 40 orang khalayak dan pengunjung itu diisi dengan pelbagai acara menarik antaranya ialah Pertandingan menulis dan deklamasi puisi bertemakan ‘Rakyat Malaysia Berseni dan Berbudaya’, persembahan seni silat Melayu, kuiz puisi dan cabutan bertuan serta reruai pameran dan jualan.

Turut diadakan ialah program pelbagai ceramah merangkumi penulisan karya kreatif dan puisi, penulisan karya interaktif untuk guru, pensyarah serta tenaga pengajar, penulisan e-buku untuk menjana pendapatan, penggunaan AI dan Canva untuk penghasilan karya menarik hati pembaca di samping ceramah inspirasi dan kisah hidup.

Program ceramah berkenaan menampilkan beberapa penceramah dan juri jemputan antaranya ialah YB S.Nahanthiran, Dr Hajah Mumtaz Begam binti Abdul Kadir, Prof. Madya Sr. Dr Rohayu Ab Majid, Dr Noor Idayu Adnan dan Mejar Hasrul Taufek Roslan TUDM (Bersara).

Dalam pada itu, pertandingan menulis dan deklamasi puisi yang bertemakan ‘Rakyat Malaysia Berseni dan Berbudaya’ menyediakan dua kategori pertandingan iaitu Kategori Dewasa dan Kategori Remaja. Berikut adalah pemenangnya mengikut kategori:

 Kategori Dewasa:

    i. Juara – Puan Siti Hanisah binti Mohd Shariffudin (Hadiah RM300 + Hamper + Sijil).

    ii. Kedua – Puan Noormaya binti Hassan (Hadiah RM150 + Hamper + Sijil).

Kategori Remaja:

    i. Juara – Aisyah Noor Balqis binti Muhammad Asri (Hadiah RM200 + Hamper + Sijil).

    ii. Kedua – Adeeb Haikal bin Muhammad Asri (Hadiah RM100 + Hamper + Sijil).

Pihak penganjur juga turut memberi penghargaan kepada semua yang terlibat seperti berikut:

1. Pesilat, AJK, jurulatih dan ibubapa daripada Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor.

2. Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Selangor (JKKN).

3. Penaja – Ansarmart, Malika Shop, Puan Aminah Syeed Ali.

4. Penyedia Lokasi, fasiliti dan sajian – Fast Skill Resources Sdn Bhd.

5. AJK Pelaksana – 

    i. Pendaftaran/Hadiah– Puan Umi Kalsom binti Mohamed Sidek/Puan Noormaya binti Hassan.

   ii. Multimedia – Dr Noor Idayu binti Adnan/Encik Rahman Shah.

   iii. Pengacara – Encik Mohd Shahpizan binti Mustapha.

   iv. Pemasaran/Sebaran- Puan Nurul Ashidah binti Johari/Puan Wan Shekha binti Benzuhri.

   v. Tugas am – Encik Muhammad Munir bin Arshad.

   vii. Persembahan – Encik Muhammad Faimin bin Rosli.

Previous post OPPA filem pertama Malaysia papar mangsa ‘Love Scam’
Next post Lazada perkenal dasar pemulangan dan bayaran balik baharu