Sukses News
Review Filem
“Patah Patah Sayap”

Kalau dilihat dari poster filem ini tanpa melihat/membaca sinopsis,  admin dah terbayang dah bahawa filem ini adalah genre cinta sepasang kekasih.

Manakan tidak, jika pelakon lelakinya sinonim dengan filem romantis seperti Ada Apa Dgn Cinta 1 Dan 2 (Nicholas Saputra) sememangnya gubahan serta rentak cerita ke arah cinta Dan kasih sayang.

Apapun bila menonton pada babak awal hati admin tergerak berkata “bukan kisah cinta ni” tapi cerita polis. Namun tentang cinta tetap ada dari mula hingga ke akhirnya.

Filem ini diadaptasikan dari kisah benar Tregedi Rusuhan Berdarah Mako Brimob yang berlaku di Indonesia pada tahun 2018. Ianya berlaku apabila sekumpulan tahanan pengganas mula merusuh di lokap Mako Brimob dan mencetuskan pertempuran berdarah sehingga mengorbankan nyawa.

 

Filem ini telah ditayangkan di Indonesia Ogos lalu Dan berjaya mengutip sebanyak rm40 juta Dan mendapat pelbagai komen Dan kritikan positif daripada penonton.

Jangan lupa 13 Oktober 2022 di cinema berhampiran anda.

Sinopsis:

Adji (Nicholas Saputra) dan Nani (Ariel Tatum) merupakan sepasang suami istri yang hidup bahagia. Kebahagiaan itu semakin lengkap ketika Nani diketahui hamil. Seiring waktu berjalan, kandungan Nani semakin membesar.

Namun, Adji tidak selalu bisa menemani Nani karena pekerjaannya sebagai personel kepolisian, yang harus siaga saat dibutuhkan untuk bertugas.

Pada suatu hari, terdapat sebuah rumah tahanan yang dibobol oleh para tahanan, hingga memicu kerusuhan besar.

Mereka melakukan penyerangan kepada para petugas. Adji dan rekan-rekan kerjanya segera bertindak untuk meredam gejolak yang ada. Namun, tidak semua tahanan bisa diatasi.

Drama penyanderaan petugas terjadi dan salah satu pelakunya adalah tahanan bernama Leong (Iwa K). Leong merupakan salah seorang penjahat kejam, yang tidak segan melukai orang-orang yang menghalanginya, termasuk kepada aparat keamanan.

Leong berhasil mendapatkan pistol yang dijadikan alat pengancamannya. Adji adalah salah satu petugas keamanan yang turut terkena imbas dari keberingasan para tahanan. Bahkan, sempat terjadi sebuah ledakan cukup besar di tempat tersebut.

Akhirnya, terjadi sesuatu pada Adji, yang membuat impiannya untuk hidup bahagia bersama Nani hancur.

#sayapasayappatah #reviewfilem #filemindonesia #suksesnews

Previous post YBM Tengku Razaleigh lancar program Anita KTM Borneo Ekspedisi 2022
Next post Bersatu Segambut terima 500 keahlian baru pada Majlis Persidangan Tahunan