Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka lagu rayanya berjudul Lala Raya yang dimuat naik di saluran Youtubenya mendapat sambutan luar biasa sehingga mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan dalam tempoh seminggu.

Enggan mengambil pusing semua kritikan dan kutukan yang dilemparkan terhadapnya, Aliff turut mempersoalkan mereka yang mengutuknya tetap menonton muzik videonya itu.

“Jangan dengki, itu rezeki saya. Saya bukan penyanyi profesional, saya hanya mahu jadi seorang penghibur. Mereka yang kutuk-kutuk saya tetap menonton video muzik tersebut sehingga berjaya cecah satu juta tontonan.

“Biarlah nak kecam atau kutuk, asalkan orang sudah pilih lagu raya dan saya sendiri sebagai penyanyi nombor satu dalam Malaysia,” ujarnya.

Semalam, Aliff memuat naik perkongsian meluahkan rasa syukur lagunya itu trending nombor satu di YouTube.

Zizan Razak memberi maklum balas positif menerusi Instagram Datuk Aliff Syukri. FOTO mStar

Malah, pelakon dan pelawak Zizan Razak turut mengakui Aliff mempunyai bakat besar sebagai penyanyi. Zizan berkata vokal Aliff kini setanding penyanyi barat dan tertanya usahawan itu kini penyanyi nombor satu negara.

Terdahulu, Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.

ROTIKAYA

Previous post 177,900 kekosongan jawatan direkodkan pada suku pertama 2021
Next post Lepasan Universiti balik kampung usahakan tanaman mampu raih pendapatan lumayan