KUALA LUMPUR, 20 Disember 2023 – Wezmart International Berhad (Wezmart), sebuah syarikat Teknologi Penasihat dan Pengawalseliaan Korporat (A-RegTech) terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Tunku Abdul Rahman Pengurusan dan Teknologi (TAR UMT), sebuah Institusi pengajian tinggi yang terkenal di Malaysia, untuk menetapkan secara bertulis komitmen kedua-dua pihak terhadap pertumbuhan bersama, pertukaran pengetahuan, dan kemajuan industri dengan penekanan khusus untuk menyediakan pelajar baharu untuk era digital.
Wezmart akan memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar TAR UMT tentang teknologi kawal selia dan amalan terbaik dalam industri pematuhan demi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan mengenai landskap kerja pematuhan digital yang berkembang pesat.
Tambahan pula, Wezmart dan TAR UMT bertujuan untuk memperkukuh pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam budaya kerja yang dipacu teknologi melalui bengkel-bengkel, seminar-seminar dan sesi-sesi praktikal.
Perkongsian ini juga akan mewujudkan peluang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dengan industri profesional, sekali gus memupuk hubungan yang melangkaui batasan bilik darjah.
Dalam MoU yang akan berlangsung selama lima tahun itu, Wezmart akan berkongsi secara aktif pengetahuan teknikal dan pengalaman berkaitan teknologi kawal selia di TAR UMT dalam memastikan pelajar mahir dalam kemajuan industri terkini.
Wezmart juga akan menyediakan pelajar dan kakitangan Fakulti Perakaunan, Kewangan dan Perniagaan TAR UMT dengan peluang latihan untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam sektor teknologi kawal selia.
Kedua-dua pihak akan bersama-sama menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan di TAR UMT yang akan berfungsi sebagai pusat untuk inovasi dan penerokaan penyelesaian teknologi kawal selia.
Wezmart dan TAR UMT akan bersama-sama mengenal pasti dan mengusahakan projek yang menangani cabaran dunia sebenar yang berkaitan dengan pematuhan digital.
Wezmart akan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar TARUMT Fakulti Perakaunan, Kewangan dan Perniagaan yang layak, untuk menggalakkan kecemerlangan akademik dalam bidang yang penting untuk transformasi digital.
Ketua Pegawai Eksekutif Wezmart International Berhad, Yee Chee Mun berkongsi bahawa pada masa hadapan, golongan profesional akan mengecapi kecekapan, fleksibiliti dan keuntungan yang lebih tinggi apabila mereka menerima gabungan kehidupan kerja baharu secara konsisten. Dengan satu tablet, mereka akan diberi kuasa untuk bekerja pada bila-bila masa, di mana sahaja, dengan menyepadukan kehidupan profesional dan peribadi mereka dengan lancar melalui Ruang Kerja Digital BPOSA360. BPOSA360 telah dilancarkan secara rasmi kepada komuniti setiausaha syarikat pada 27 Oktober 2023 di EQ Hotel dan mendapat sambutan yang meriah.
Presiden TAR UMT, Prof Ir Dr Lee Sze Wei pula berkata, kerjasama dengan industri sentiasa menjadi salah satu bidang tumpuan TAR UMT. Penandatanganan MoU ini menjadi tonggak penting untuk TARUMT dan banyak faedah boleh dijana melalui kerjasama ini.
Beliau juga percaya bahawa penyelesaian digital yang dibangunkan dalaman Wezmart akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan kakitangan
Wezmart dan TAR UMT menjangkakan bahawa manfaat perkongsian strategik ini kepada industri berkaitan akan merangkumi peningkatan kesedaran di kalangan graduan TAR UMT tentang kepentingan penggunaan digital, seterusnya menyediakan mereka untuk landskap dipacu teknologi dalam bidang masing-masing.
Perkongsian itu juga secara langsung akan menangani kekurangan tenaga mahir dalam industri setiausaha syarikat di Malaysia dengan melahirkan graduan yang bersedia untuk bekerja atau keusahawanan terus keluar dari universiti.
Penglibatan Wezmart akan terus menyumbang kepada pembinaan keupayaan sedia industri dalam kalangan graduan dalam bidang Perakaunan, Kewangan, dan Perniagaan kerana graduan bukan sahaja akan bersedia untuk pekerjaan tetapi juga dilengkapi untuk memulakan firma mereka sendiri dan menyumbang kepada pertumbuhan keusahawanan di negara ini. – SUKSES NEWS