30 Julai 2022 (Sabtu) – Shah Alam
 
1. Kiswah Zainab Sdn Bhd telah berjaya mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana 1.0 di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
 
 
2. Kursus Siri ke 3 selepas di Kuala Selangor dan TTDI, Kuala Lumpur ini telah berlangsung dengan jayanya bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Seramai hampir 180 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah masjid, dan ada yang hadir dari seluruh daerah Selangor.
 
3. Kursus ini telah diselia dengan baik oleh Ustaz Dai Azrin Md Isa, moderator Tanyalah Ustaz Tv3 bersama Ustazah Ruzeeta – Peg Agama JAKIM Kuala Lumpur serta penceramah jemputan Ustaz Elyas Ismail.
 
 
4. Antara pengisian program adalah pada sesi pertama ceramah berkenaan Pra Pengurusan Jenazah secara teori (Tata cara Pengurusan Jenazah).
 
5. Kemudian sesi kedua menyentuh berkenaan perkongsian dari pendakwah bebas terkenal negara Ustaz Elyas Ismail. Sentuhan Kalbu dengan pelbagai isu rohani dan jasmani persediaan menghadapi kematian. Para peserta tidak dapat menahan sebak dan ada yang menitiskan air mata dalam sesi ini.
 
6. Sesi ketiga pula para peserta didedahkan dengan praktikal secara berkumpulan meliputi tatacara mandi, kafan, dan solat jenazah. Sesi ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian muslimin dikendalikan oleh Ust Dai Azrin dibantu oleh Pegawai khas dari NGO Nur Khiriah dan bahagian muslimat diuruskan bersama Ustazah Ruzeeta. Sesi ini juga sempat merungkai beberapa persoalan daripada para peserta.
 
 
7. Peserta juga diberikan sijil penyertaan di akhir kursus dan bergambar sebagai memori untuk mereka.
 
8. Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.
 
9. Kepada yang tidak dapat hadir Hari ini, jangan risau, kami akan kongsi kursus seterusnya di laman Facebook kami.
 
✅Kuala Selangor, Selangor
✅Ttdi, Kuala Lumpur
✅Shah Alam, Selangor
 
 
——————————————————
 
Segala pertanyaan dan berkaitan Sila wassup kami di talian dibawah
 
Previous post DK-MY Properties menuju ke hadapan dengan pelancaran projek bernilai RM4.5B GDV menjelang 2025
Next post Peluang kedua buat Nashrain melalui ‘Dahlia’