KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – Restoran Cili Kampung yang bertempat di pusat beli-belah Hartamas, telah mengadakan sebuah majlis sambutan ulang tahun pertama restoran tersebut. Dihari tetamu-tetamu jemputan khas, barisan media perdana dan media elektronik serta rakan-rakan selebriti dan Ikon-ikon tempatan, majlis dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh pemuzik tempatan, selain dihidangkan dengan menu baharu yang telah diperkenalkan pada hari itu iaitu set dulang, juadah khas untuk minum petang.

Menurut pengarah eksekutif Cili Kampung Hartamas, Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC, sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur pada tahun 2021, restoran tersebut sudah bertapak di Langkawi. Sambutan memberangsangkan yang diterima telah mendorong mereka untuk melebarkan sayap dengan membuka cawangan seterusnya di Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai hidangan istimewa resepi turun menurun daripada Negeri Sembilan, Cili Kampung Hartamas telah menarik perhatikan ramai sejak awal pembukaannya.

“Alhamdulilah, kami berada amat bersyukur sejak Cili Kampung Mula dibuka pada tahun lalu, kami telah menerima sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Ini adalah diluar jangkaan kerana dalam keadaan ekonomi yang kembali pulih selepas negara Mula memasuki fasa endemik, kami menjangkakan orang ramai akan lebih prihatin terhadap restoran yang mereka pilih untuk menjamu selera.” Kata khairil izwan, yang juga merupakan pengarah Cili Kampung Hartamas.

Tambah KC lagi, pihak bercadang untuk membuka 3 buah cawangan lagi dalam Masa yang terdekat di samping membuka beberapa cawangan Cili Kampung Ekspress yang berkonsepkan kioks bagi membolehkan mereka untuk mendekati lebih ramai pelanggan Dan menawarkan produk-produk berbentuk sedia untuk dimakan.

Sempena ulang tahun pertama Cili Kampung Hartamas, mereka turut memperkenalkan sebuah menu baharu untuk minum petang iaitu Set Dulang yang sesuai dinikmati untuk sekurang-kurang 2 orang. Tersedia untuk pesanan pada setiap hari bekerja dari jam 3.30 petang sehingga jam 6 petang, set dulang ini menghidangkan lontong Dan udang goreng tepung yang disertakan dengan kuih muih tradisional seperti onde-onde puding bakar, karipap pandan, cucur udang, pisang goreng dan cucur badak, yang dihidangkan bersama sambal kicap pedas Dan sambal Cili merah. Setiap hidangan set dulang turut didatangkan dengan pilihan teh tarik, kopi kampung atau teh panas.

Dengan sokongan 30 kakitangan sepenuh Masa, Cili Kampung dibuka setiap Hari dengan bermula menu makan tengahari yang bermula pada jam 12 tgahri sehingga 3.30petang, manakala menu minum petang Mula dihidangkan dari jam 3.30 petang sehingga 6 petang, sebelum disambung dengan menu makan malam pada jam 6 petang sehingga 10 malam.

Orang ramai yang berminat untuk menjengah ke restoran Cili Kampung Hartamas boleh Cari nama “Cili Kampung Hartamas” di aplikasi waza atau ikuti akaun media sosial @cilikampunghartamas di FB Dan Instagram untuk mengetahuu promosi terkini daripada mereka.

#cilikampunghartamas#menubaru#setdulang#dulang#srihartamas#thedulang#suksesnews

Previous post WHO jangka sejuta nyawa bakal maut setiap tahun angkara keracunan Plumbum
Next post Kajian sahkan vaksin AstraZeneca berisiko tinggi sebabkan darah beku