PUTRAJAYA, 20 MEI 2022 – Malaysia telah memenangi hak penganjuran persidangan arkitek sedunia yang berprestij iaitu Forum Antarabangsa Union Internationale des Archietectes (UIA) 2024 pada November 2024 di Kuala Lumpur.

Kemenangan ini telah dimeterai semasa UIA 148th Council Meeting dan Extraordinary General Assembly di Madrid, Sepanyol dimana Malaysia Convention & Exhibition Bereau (MyCEB) telah membuat pembidaan bersama Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM). Kejayaan ini adalah amat bermakna kerana persidangan ini telah disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dimana YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri sendiri telah menyampaikan kesediaan negara melalui siaran video.

Bertemakan ‘Diversecity – Humanity and Sustainable Growth’, PAM akan memastikan persidangan ini akan berusaha untuk mencapai Deklarasi Global untuk kemanusiaan bagi kesemua komuniti arkitek serata dunia dan mencapai tahap kemajuan dalam pembandaraan moden seiring membina warisan abadi dalam situasi yang mampan.

Persidangan ini dijangka akan mempamerkan lebih dari 2,000 delegasi yang akan menjana anggaran RM43.4 juta impak ekonomi dan sebanyak RM18.5 juta dari perbelanjaan delegasi kepada ekonomi negara.

Pembentangan bidaan tersebut telah diadakan di UIA 148th Council Meeting dan Extraordinary General Assembly di Madrid, Sepanyol dalam bentuk hibrid. Pasukan Malaysia diwakili oleh Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail (Pengerusi, UIA 2024), Ar. Sarly Adre Sarkum (Presiden, PAM), Ar. Alice Leong (Timbalan Presiden, PAM), Ar. Ahmad Najib Ariffin (Pengarah, Nusantara Academy of Development), dan Noor Ahmad Hamid (Ketua Pegawai Operasi, MyCEB). Turut serta 16 anggota delegasi lain termasuk Tan Sri Dato’ Sri Ar Haji Esa Haji Mohamed (Bekas Presiden PAM and UIA).

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh MyCEB dan PAM, beliau menyatakan “Forum UIA ini menyediakan peluang besar dalam menyatukan komuniti arkitek global untuk berkongsi pandangan intelektual tentang usaha dan cara mencapai sebuah bandar bertumpu pada kemanusiaan dan pertumbuhan yang mampan. Industri acara perniagaan ini merupakan satu pasaran yang amat menguntungkan jika negara bijak memanfaatkannya. Ini adalah bertempatan dengan hasrat MOTAC untuk membida lebih banyak acara perniagaan ke Malaysia. Melalui MyCEB, Malaysia telah memenangi sebanyak 149 acara perniagaan yang akan diadakan di negara kita dari 2022 hingga 2030, di mana akan menjangkakan sebanyak 71,744 delegasi antarabangsa dan menyumbang sebanak RM1.3 bilion dalam anggaran impak ekonomi ke negara.”

Dato’ Sri Abdul Khani Daud, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, meluahkan “Forum berprestij Ini sejajar dengan visi kami agar setiap acara perniagaan yang dianjurkan di Malaysia akan meninggalkan wawasan yang lebih baik, warisan yang berkekalan dan satu dossier untuk memperjuangkan arkitek dan generasi akan datang. MyCEB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MOTAC atas sokongan yang telah diberikan, dan berharap agar peruntukkan yang disalurkan kepada industri ini diberi perhatian agar MyCEB dapat meneruskan usaha pembidaan untuk terus menjana lebih banyak acara perniagaan antarabangsa pada berskala lebih besar ke Malaysia di masa akan datang.”

Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail, Pengerusi Forum Antarabangsa UIA 2024, berkata “Hasil dari kolaborasi bersama MyCEB, kami berbangga dapat mempamerkan Malaysia dan telah menjadi pasukan negara yang pertama yang berjaya membawa Forum Antarabangsa UIA ke rantau Asia Tenggara. PAM sangat berterima kasih kepada wakil pengundian UIA dan MyCEB atas peluang yang telah diberikan.”

 

– TAMAT –


Kapsyen Gambar Utama:
Pasukan Malaysia yang diwakili oleh Encik Noor Ahmad Hamid, Ketua Pegawai Operasi, MyCEB serta wakil terhormat yang terdiri daripada Forum Antarabangsa UIA, Institut Arkitek Malaysia (PAM), dan Akademi Pembangunan Nusantara selepas proses bidaan untuk Forum Antarabangsa UIA 2024

Previous post Malaysia-Indonesia look at coolaborative effort to rebuild the business events industry
Next post vivo Kickstarts the Visual Creator Short Film Awards to Encourage Malaysians to Unleash Their Creativity