Sedia Keperluan Kelengkapan Haji dan Umrah
Realiti pengguna di Malaysia hari ini dilihat semakin menggemari kaedah perbelanjaan di atas talian (online). Jika dahulu mereka mendapatkan sesuatu barangan dengan mengunjungi kedai atau premis perniagaan, akan tetapi ‘trend’ terkini sudah berubah.
Pengguna kini lebih mudah membuat pembelian dengan melayari portal beli-belah, membuat pesanan dan pembayaran melalui perbankan internet terus barangan dihantar ke rumah.
Menyedari trend pembelian barangan secara maya ini semakin popular, Koperasi Tabung Haji Malaysia (KTHB) menjadi perintis dalam kalangan entiti koperasi di negara ini apabila menyediakan platform membeli-belah patuh syariah secara dalam talian menerusi portal www.haqqi.com.my.
Dengan adanya portal ini, pengguna boleh membuat pembelian melalui telefon bimbit, tablet ataupun komputer di mana-mana lokasi mereka berada dan pada bila-bila masa.
Portal beli-belah ‘Haqqi’ yang dibangun serta diurus bersama pakar teknologi maklumat, Glass Go Media Sdn Bhd sejak November 2016 itu menyediakan barangan kelengkapan asas untuk menunaikan haji dan umrah bagi lelaki serta wanita merangkumi ihram, telekung, jubah, kasut haji, sarung tangan dan kaki, beg haji dan umrah serta barangan keperluan ibadah.
Barangan lain keluaran KTHB yang turut ditawarkan adalah kitab, buku panduan mengerjakan ibadah, produk kesihatan penjagaan diri dan pakaian Muslimat.
Portal ‘Haqqi’ turut mendapat sokongan penyertaan daripada rakan-rakan niaga serta vendor selebriti yang juga membuat perniagaan secara atas talian.
Para peminat selebriti boleh mendapatkan koleksi kepelbagaian fesyen Islamik mampu milik rekaan artis-artis tempatan seperti Nora Danish, Elfra Loy, Wak Doyok, Fatah Amin, Izzue Islam, Zareeth Zehra, Haira dan ramai lagi.
Rekaan pemakaian jubah dan fesyen terbaru khusus untuk jemaah haji dan umrah yang dipamerkan pula adalah pendekatan terbaru yang dilaksanakan KTHB dan Glass Go Media Sdn Bhd di bawah jenama Haqqi.
Selain portal, barangan tersebut juga boleh diperolehi melalui rangkaian butik fizikal yang boleh didapati di Seksyen 7 Shah Alam, Bangi Sentral, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Dataran Austin Kuala Terengganu.
Pengguna boleh melayari portal ‘Haqqi’ untuk mendapatkan peta terus ke lokasi bagi melihat sendiri barangan yang dipamer secara nyata yang terdapat di rangkaian premis butik berkenaan.
Selain portal ‘Haqqi’, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat alternatif menerusi laman sesawang KTHB, www.koperasith.com.my di samping akses menerusi aplikasi telefon pintar TH, “Thijari”, Facebook https://www.facebook.com/haqqi.com.my/ dan Instagram https://www.instagram.com/haqqi.com.my/.