Lebih 10,000 Masjid Bakal Mendapat Set Pengurusan Jenazah Untuk Membantu Mereka Yang Tak Mampu Untuk Menguruskan Jenazah Ahli Keluarga Mereka Yang Meninggal

Siaran dari TV Al Hijrah Yang Membincangkan Tentang Kos Urus Jenazah Yang Tinggi

“Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).”

(Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah, sambutan untuk kempen sebelum ini mendapat respon yang sangat positif. 

Tanpa kita sedar, ramai dalam kalangan kita hidup sekadar mencukupi. Tetapi, secara tiba-tiba salah seorang ahli keluarga mereka meninggal dunia. Mereka terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk menguruskan jenazah ahli keluarga tersebut.

Subhanallah, dengan adanya kempen sebegini orang ramai mula membuka mata melihat dalam kalangan kita ada yang tidak berkemampuan untuk menyempurnakan pengurusan jenazah ahli keluarga kerana kos tinggi.

Kempen “Infaq Pengurusan Jenazah Yayasan Ikhlas” dimulakan untuk membantu keluarga yang kehilangan ahli keluarga dan tidak mampu menguruskan jenazah kerana kekangan wang ringgit.

Kempen ini akan mengagihkan kain-kain kafan kepada unit pengurusan masjid di seluruh Malaysia sebanyak 20 ribu set pengurusan jenazah. Orang ramai boleh menyumbang bermula serendah RM30 sahaja untuk infaq set pengurusan jenazah ini.

Setiap set pengurusan jenazah akan dibekalkan dengan:

  • 1. Kain kafan – 3 unit
  • 2. Tali kain putih – 8 utas
  • 3. Kain kemban/kain sarung – 1 unit
  • 4. Kain penutup muka – 1 unit
  • 5. Jubah/gamis – 1 unit
  • 6. Sarung tangan kain – 2 unit
  • 7. Telekung – 1 unit
  • 8. Tuala Mini – 1 unit
  • 9. Kapas gulung – 3 gulung
  • 10. Sarung tangan getah – 2 pasang
  • 11. Topeng muka – 2 unit
  • 12. Apron Plastik – 2 helaian
  • 13. Putik kapas – 15 putik
  • 14. Minyak Atar 2ml
  • 15. Sabun bidara 30 ml
  • 16. Celak – 1 unit
  • 17. Serbuk Cendana 100g – 1 unit
  • 18. Kapur barus 100g – 1 unit
  • 19. Air mawar 100 ml – 1 botol
  • 20. Plastik sampah – 1 unit
  • 21. Kain Batik Lepas – 1 unit
  • 22. Bedak sejuk – 1 unit

قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِين

”Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba’ : ayat 39)

Marilah sama-sama membantu mereka yang kehilangan ahli keluarga dan tidak mampu menguruskan jenazah kerana kekangan wang ringgit.

Sudahlah sedih kehilangan keluarga, ditambah pula masalah kewangan yang menghimpit. Ayuh, ringankan beban mereka dengan menyumbang set pengurusan jenazah Yayasan Ikhlas. 

Atau boleh transfer secara manual ke account Yayasan Ikhlas

RHB Bank: 212 4576 0028 679Atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian:

CIK AMANI- 019 6115954

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat). Maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.” (Surah al-An’am : ayat 160)

Previous post Re (start): Raya Jam! Langkah aktifkan kembali aktiviti seni di Tropicana Gardens Mall
Next post Artis Rocketfuel Meriahkan Raya dalam ‘AIDILFITRI LEMBARAN BARU’ Masya Masyitah, Ara Johari, Ernie Zakri, Syamel, Usop & Ruffedge Bergabung Dalam Single Raya Ciptaan Komposer Legenda S. Atan & Siso Kopratasa