KUALA SELANGOR, 18 Disember 2023 – Pertubuhan Kiswah Prihatin (Kiswah Care) anjuran bersama Pusat Aktiviti Warga Emas Parlimen Kuala Selangor (PAWE Kuala Selangor) dan Masjid Raja Lumu Kuala Selangor, Selangor mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana 2.0 .
Kursus diadakan di Masjid Raja Lumu Kuala Selangor ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 10:00 pagi hingga 4:15 petang. Seramai hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak muda dan dewasa khususnya lelaki dan perempuan untuk menimba Ilmu fardhu kifayah ini.
Kursus ini telah diselia dengan baik oleh Ustaz Afif Izwan merupakan penceramah bebas dan Pengurus Pertubuhan Ukhwah Bersama dengan konsep teori pengurusan jenazah selama 2 jam.
Antara pengisian program adalah pada sesi pertama ceramah berkenaan Pra Pengurusan Jenazah secara teori (Tata cara Pengurusan Jenazah).
Kemudian sesi kedua menyentuh hati Dan perasaan peserta berkenaan perkongsian dari pendakwah bebas Ust Hanafiah merupakan penceramah terkenal di Tv3 Dan Tv9.
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada anak-anak muda yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.
Kepada yang tidak dapat hadir Hari ini, jangan risau, kami akan kongsi kursus seterusnya di laman Facebook kami.
Segala pertanyaan dan berkaitan Sila wassup kami di talian dibawah
https://wasap.my/601110904313/kursusjenazah
Sumber: Facebook Kiswah Care