SEPANG, 23 Okt 2023 – Pertubuhan Kiswah Prihatin (Kiswah Care) dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam dan Surau Al-Khawarizmi, Kolej Vokasional Sepang telah berjaya mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana 2.0 di Surau Al-Khawarizmi Kolej Vokasional Sepang.
Kursus julung kali diadakan di Kolej Vokasional Sepang itu telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari melibatkan penyertaan seramai hampir 180 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 1 pelbagai kursus di Kolej Vokasional Sepang.
Kursus ini telah diselia dengan baik oleh Ustaz Afif Izwan merupakan Pengurus Pertubuhan Ukhwah Bersama dengan konsep teori selama 1 jam.
Antara pengisian program adalah pada sesi pertama ceramah berkenaan Pra Pengurusan Jenazah secara teori (Tata cara Pengurusan Jenazah).
Kemudian sesi kedua menyentuh berkenaan perkongsian dari pendakwah bebas Ustaz Nadzrie Abbas. Sentuhan Kalbu dengan pelbagai isu rohani dan jasmani persediaan menghadapi kematian.
Sesi ketiga pula para peserta didedahkan dengan praktikal secara berkumpulan meliputi tatacara mandi, kafan, dan solat jenazah. Sesi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian muslimin dikendalikan oleh Ustaz Afif Izwan sendiri dan bahagian muslimat diuruskan bersama Ustazah Norhafiza Mustapa daripada KAGAT Tentera Udara Diraja Malaysia. Sesi ini juga sempat merungkai beberapa persoalan daripada para pelajar.
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.
Kepada yang tidak dapat hadir Hari ini, jangan risau, kami akan kongsi kursus seterusnya di laman Facebook kami.
Terima kasih kepada para guru yang terlibat Ust Sayuti, Ustaz Abd Razak serta Ustazah Siti Noriah Dari Kolej Vokasional Sepang.
Segala pertanyaan dan berkaitan Sila wassap kami di talian dibawah
https://wasap.my/601155004313/kursusjenazah
Facebook: Kiswah Care