KUALA LUMPUR, 28 Mei 2022 – Maizurah Hamzah merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair yang popular pada era 90an.
Penyanyi, pelakon dan pengacara kelahiran Singapura ini telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Evenchise Ebook Store oleh syarikat MSGA pada hari ini bertempat di Sudirman Lounge, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur.
Majlis perlantikan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn. Bhd., Mejar Hasrul Taufek Roslan TUDM (Bersara) atau lebih dikenali sebagai Master Shiro dalam satu majlis sambutan Aidilfitri anjuran syarikat berkenaan.
Evenchise Ebook Store merupakan sebuah platform jualan buku elektronik yang dibangunkan hasil Kerjasama dan kepakaran daripada syarikat MSGA Sdn Bhd dan Global Surf Sdn Bhd.
Platform ini telah berada dipasaran sejak tahun 2017 dan telah membantu lebih 5000 orang daripada pelbagai golongan untuk memulakan perniagaan ebook pada kos mampu milik.
Maizurah Hamzah pula dipilih sebagai duta bagi platform ini atas kapasiti seorang figura dan selebriti yang juga merupakan seorang penulis.
Program penulisan dan keusahawanan ebook store ini telah membuktikan potensinya sebagai alternatif kepada penulis buku fizikal untuk beralih kepada penerbitan buku elektronik yang kini menjadi trend terutama semenjak pademik covid19.
Platform ini boleh dilayari di seluruh dunia dengan capaian internet manakala MSGA sendiri mempunyai wakil merentas 18 buah negara.
Menerusi kedai ebook ini, para usahawan dan penulis mampu menjana pendapatan lumayan dengan menjual ebook sendiri ataupun ebook penulis lain.
Menurut Maizurah, bagi memahami bidang keusahawanan ini, kursus dan latihan diberikan kepada semua peserta termasuk penggunaan sistem teknikal, penjenamaan, pelan pemasaran dan aplikasi telegram.
Di dalam majlis yang sama juga turut diadakan pelancaran ebook karya terbaru beliau berjudul Diari Si Puteri Pop 1- Suatu Permulaan dan upacara menandatangani Jalinan Persefahaman Hasrat diantara CEO MSGA Sdn Bhd dengan CEO Mindtalks Sdn Bhd.
Turut hadir pada majlis ini adalah para Certified Advisor Ebook MSGA Sdn Bhd, penulis, editor dan, tetamu jemputan.
Majlis berkonsepkan sambutan hari raya aidilfitri juga diserikan dengan persembahan daripada Touching Busker, gimik pelancaran oleh kumpulan kebudayaan dan nyanyian khas daripada Maizurah Hamzah sendiri selaku Duta Evenchise Ebook Store.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan program keusahawanan ebook ini boleh hubungi 011-2561 8098.