18 DISEMBER 2017 / 29 RABIUL AWAL 1439H (ISNIN) AVENUE 15, TING 1, HOTEL GRAND SEASONS JLN PAHANG KL 10.30 – PAGI 1.00 PETANG
—————–
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) merupakan amil korporat yang ditugaskan oleh Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Oleh yang demikian, pelbagai alternatif promosi, kempen dan aktiviti telah dilaksanakan bagi menarik umum agar menunaikan zakat mereka di PPZ-MAIWP. Di antara kempen yang popular dikalangan umum adalah kempen Skim Thohir ( Skim Potongan Gaji Zakat )_.)7
Bagi meningkatkan pembayaran zakat menerusi Skim Thohir ini, PPZ-MAIWP berkolaborasi secara strategik bersama pihak CIMB Islamic Bank Berhad yang telah
meneruskan penajaan Kempen Skim Thohir 2.0 bagi tahun 2017 buat kali kedua (2) setelah edisi pertama berjaya diadakan pada bulan April hingga Julai.
Kempen Skim Thohir 2.0 ini telah dilaksanakan bersama CIMB Islamic Bank Berhad dari bulan Ogos hingga November 2017. Kempen ini telah berjaya menarik seramai 7,035 orang pembayar zakat dalam tempoh 8 bulan bagi tahun 2017 ini berbanding 2,356 orang untuk tempoh yang sama pada tahun lepas.
Menurut Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad, Dato’ Mohamed Ross Mohd Din, “Saya amat berbangga melihat peningkatan pembayar zakat yang memberansangkan melalui Skim Thohir ini. Bukan saja ianya mudah kepada individu, bahkan secara tidak Iangsung kempen ini telah memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan amalan zakat di Wilayah Persekutuan serta memberi kelansungan hidup kepada golongan asnaf dan mereka-mereka yang memerlukan. Kemudahan berzakat secara mudah dan selamat yang telah diwujudkan oleh CIMB Islamic boleh dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan positif serta menggalakkan orang Iain untuk berzakat bersama.
Pada hari ini, PPZ-MAIWP mengumumkan 10 pemenang Kempen Skim Thohir 2.0, dari 3,575 orang pembayar zakat yang telah membuat potongan gaji zakat melalui skim tersebut dalam tempoh 4 bulan iaitu dari bulan Ogos hingga November 2017.
CIMB Islamic Bank Berhad telah menaja hadiah bernilai RM 49,000 bagi dua edisi kempen Skim Thohir ini sepanjang 2017, dengan tambahan RM 7,000 Iagi sekiranya para pemenang mempunyai akaun CIMB Bank selain penajaan Kempen CIMB Clicks sebanyak RM 10,000 pada bulan Ramadan yang Ialu.
Hadiah utama kempen Skim Thohir 2.0 pada kaIi ini bernilai RM 24,500 tajaan CIMB Islamic Bank Berhad iaitu:
– Pemenang utama: Pakej Umrah bagi 2 orang
– Pemenang kedua: Baucher percutian bernilai RM 5,000
– Pemenang Ketiga: Barangan elektrik bernilai RM 3,000
– pemenang keempat – Kesepuluh: Wang tunai bernilai RM 500
Bagi para pemenang keempat hingga kesepuluh, yang merupakan pemegang kad ClMB Bank akan memperolehi penambahan RM500 daripada pihak CIMB Islamic Bank Berhad.
PPZ-MAIWP amat berbesar hati dengan kolaborasi dan sokongan yang berterusan dari pihak CIMB Islamic Bank Berhad dalam mencapai objektif kempen yang dilaksanakan. lanya juga sebagai menunjukkan komitmen yang jitu dari pihak penaja terhadap sistem ekonomi lslam secara keseluruhannya.
Sehubungan dengan itu, diharapkan kempenkempen yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan jumlah pembayar zakat sekaligus dapat membantu asnaf yang memerlukan. Sebarang pertanyaan dan persoalan berkaitan kempen boleh menghubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.