KUALA LUMPUR, 1 March 2023: Annems Leadership Solutions Sdn Bhd telah menganjurkan Malam Aspirasi Pejuang edisi ke-5 di Bangi Golf Resort malam tadi. Acara tahunan ini yang bertujuan untuk menganugerahkan penghargaan dan pengiktirafan kepada usahawan negara. Majlis pengiktirafan ini telah dihadiri lebih 140 usahawan dari 55 buah syarikat.
Acara dimulakan dengan Majlis Penyampaian Sijil Konvokesyen Business Sustainability Solution (BSS) pada sebelah pagi dan disusuli dengan Majlis Makan Malam yang bertemakan Hikayat Nusantara dan Penyampaian Anugerah untuk mengakhiri majlis tersebut. Acara ini telah dihadiri oleh beberapa jenama terkenal negara seperti By Chefiza, De’Xandra, Sugarscarf, Supercube, Zafesha, Leyna, Kayman, Charms, Jamu Tun Teja dan NFH Boutique.
Datuk Faridah Hanim Haron, Presiden Annems Leadership Solution telah mengukir reputasi yang tinggi melalui peningkatan kemahiran dan latihan sektor perniagaan tempatan dengan hala tuju yang lebih strategik, membangunkan struktur yang mampan serta proses pengurusan perniagaan yang sistematik. Penumpuan kepada kepimpinan dan budaya organisasi dengan jelas dan perancangan yang lebih teratur juga merupakan antara intipati latihan yang telah diterapkan oleh Annems Leadership Solution di dalam memastikan kejayaan sesebuah perniagaan.
Berucap di acara bertemakan ‘Hikayat Nusantara’, Datuk Faridah berkata Malam Aspirasi Pejuang telah dilancarkan pada 2018 dengan tujuan untuk menggalakkan pemain industri ini untuk terus bersama-sama membentuk semula Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai sektor perniagaan bertaraf global dan sekaligus menjadi penyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.
“Saya bangga melihat ramai usahawan Malaysia memainkan peranan penting dalam cara model perniagaan mengintegrasikan kemampanan di keseluruhan ‘value chain’. Ia memerlukan keberanian dan minda keusahawanan, dan dengan melakukan ini secara berterusan, usahawan dapat mengenal pasti dan membuka peluang baharu untuk kemampanan yang diterajui nilai ‘sustainability in mind’ dalam perniagaan mereka,” sambungnya.

Ketika ditanya mengenai minatnya dalam membantu usahawan , Datuk Faridah berkata, “Falsafah saya dalam hidup ialah sentiasa membantu orang lain yang memerlukan, sama ada secara profesional mahupun dalam kehidupan peribadi saya. Dari segi profesional, saya percaya dengan menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan dalam industri. Ini adalah satu kepuasan dalam diri saya.”
“Atas kapasiti Presiden Annems, saya berasa bangga dapat membantu mengubah serta berkongsi pengalaman korporat saya dengan usahawan yang sedang membangun dan berkembang. Saya gembira kerana dapat meneruskan minat saya dan saya percaya 2023 akan menjadi tahun di mana kita menyerlahkan lagi keunikan tersendiri yang dibawa oleh setiap individu yang berlainan untuk bersatu di bawah satu semangat.”
Majlis Penyampaian Sijil BSS merupakan satu pengiktirafan untuk peserta usahawan yang telah berjaya menamatkan program BSS ini yang telah mengambil masa selama 5 bulan, 16 hari dan 11 malam. Ia merupakan program intensif dengan kaedah, formula dan teknik yang diuji dan terbukti dapat membantu untuk membina organisasi berstruktur, perniagaan yang mampan dan tahan lama serta membangunkan warisan perniagaan yang dinamik.
Pada akhir program, peserta akan dapat memimpin, mengurus, membuat keputusan, mengoptimumkan sumber yang ada, menyusun strategi perniagaan, meningkatkan produktiviti, dan seterusnya mencapai keuntungan maksimum untuk kejayaan jangka panjang.
Setiap tahun, Annems Leadership Solution akan melahirkan beberapa juara industri yang sangat terkenal ke dalam Program ini. Tahun ini, Annems ingin memperkenalkan pemenang yang akan menyertai termasuk:
Rising Star Award:
1. Supercube
2. Mexblu
3. Ahmad Tamar
Promising Brand Award:
1. Wawa Cosmetic
2. Alhumaira
3. Laurea Home Furnishing
Industry Leader Award:
1. Pasta Panas
2. Sarman Printing
3. Securido
Business Transformational Award:
1. Flavaris
2. Hijabs By Hanami
3. J Advertising
Highest Growth Award:
1. Jamu Tun Teja
2. Dalila
3. Superbig Pharmacy
Adi Sukma Lelaki
Mohd Syukri Bin Che Hassan, Jamu Tun Teja
Adi Sukma Perempuan
Idarwati Binti Md Ali, Moomol