KUALA LUMPUR, 5 April 2018 – Istana Budaya dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) melalui program Visit Malaysia 2020 (VM2020), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menganjurkan program ‘Malaysian Floor Pattern Sport Dance Competition 2018’ (MFPSDC2018) pada 8 hingga 12 Mei 2018 bertempat di Lambang Sari, lstana Budaya (IB).
MFPSDC diadakan kali kedua (2) berikutan respons positif yang diterima daripada aspek penyertaan dan sokongan penggiat seni pada edisi 2017. Sebanyak 40 kumpulan tarian dari seluruh negara telah mempamerkan bakat mereka pada tahun lepas.
Pada tahun ini, lstana Budaya menerima sokongan penajaan daripada Sani Hotel, Grand Campbell Hotel, Ah Hong Motor, SNS Kashmir, KL Tower, Firefly, Creative Impact Solutions, Embun Katering dan Gloria Jean’s Coffees yang bermurah hati untuk sama-sama menjayakan program pertandingan ini.
Pertandingan yang berkonsepkan arena ini bertujuan memaparkan keindahan dan kreativiti penciptaan ‘pola lantai’ melibatkan pergerakan tarian joget dan zapin yang mesti dalam bentuk kreasi (ciptaan baharu) termasuk memberi penekanan kepada postur dan isyarat badan (gesture) para penari.
Pertandingan tarian ini juga mencari kelainan dalam aspek busana dan tata rias setiap peserta yang mengambil bahagian yang mana walaupun rekaan kostum baharu namun ianya masih perlu mengekalkan kesopanan bersesuaian dengan tata susila rakyat di negara ini.
Penganjuran program MFPSDC2018 kali lni bertujuan mempelbagaikan dan memberi dimensi baharu terhadap pertandingan seni persembahan bercirikan sukan serta ianya merupakan Kesinambungan inisiatif lstana Budaya dalam usaha berterusan memartabatkan seni tari.
Program ini juga akan diserikan dengan kehadiran juri jemputan iaitu Adzwadi Saini dan Aida Redza yang mana kedua-duanya merupakan koreografer terkemuka tanah air, berserta penampilan istimewa penyanyi terkenal tanah air, Syamel, Ernie Zakri, As’ad Motawh dan Sufian Suhaimi yang bakal mengalunkan Iagu-lagu popular mereka pada malam separuh akhir dan malam akhir pertandingan.
Terbuka kepada penyertaan dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan kumpulan professional, setiap kumpulan yang bertanding perlu dianggotai seramai 12 orang dan tempoh masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk persembahan adalah 8 minit maksimum dan tidak kurang daripada 6 minit setiap satu (1).
Borang penyertaan untuk pertandingan ini boleh didapati di kaunter khidmat pelanggan Istana Budaya atau hubungi talian 03-4026 5555 ext 561 (Hukama), 554 (Azli) dan 641 (Marina).
Tiket-tiket berharga RM25 (sesi saringan), *RM35 & **RM60 (sesi separuh akhir) dan *RM40, ***RM80 & ****RM100 (sesi akhir) akan dijual pada tarikh terdekat dan sebarang maklumat akan dikemaskini di dalam laman sesawang, Facebook dan lnstagram rasmi Istana Budaya.
*Harga tiket pelajar
**Harga tiket dewasa
****Harga tiket VIP
###