Post Views: 295
KIALA LUMPUR, 14 April 2022 – KACA bertujuan untuk melibatkan para seniman dan selebriti tanah air untuk bersama menyokong perjuangan mempertahan kesucian Masjid Al Aqsa yang kini diceroboh oleh zionis Israel.
Pencabulan zionis israel terhadap Masjid Al Aqsa memerlukan semua pihak yang cintakan kebenaran dan keadilan berkaitan status masjid tersebut perlu terlibat mengukuhkan kempen melindungi Al Aqsa.
Kami menyeru semua senilaman dan selebriti tanah air memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Masjid Al Aqsa. Adalah menjadi kewajipan semua selebriti menggunakan pengaruh mereka supaya isu pencerobohan zionis israel terhadap Masjid Al Aqsa diberi perhatian oleh seluruh rakyat di negara ini.
MAPIM sedang mengembleng para selebriti yang dilantik menganggotai KACA untuk terlibat dalam pelbagai kempen yang dilancarkan. Sehingga ini sudah ada selebriti, seniman dan budayawan negara yang menyatakan kesediaan untuk menjadi anggota KACA.
Melalui KACA, kami berharap para selebriti terlibat dalam gerak kerja jelajah penerangan, mengumpul dana Al Aqsa, menarik sokongan peminat, mengumpul tanda tangan , kempen boikot Israel dan kempen bantu murabitun Al Aqsa.
Kami akan berusaha agar lebih ramai selebriti tanah air terlibat dalam kempen membela dan melindungi Masjid Al Aqsa. Jaringan selebriti akan diperluaskan bagi mengukuhkan solidariti para seniman antarabangsa kepada perjuangan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa.
Kami mengalu-alukan golongan seniman dan budayawan untuk mengguna kemahiran mereka mengangkat keprihatinan dunia terhadap pencabulan zionis israel keatas Masjid Al Aqsa .
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM