KUALA LUMPUR, 18 DIS 2024 – Selepas hampir tiga dekad, Menara Kuala Lumpur dengan bangganya akan mempersembahkan semula pertunjukan bunga api ikonik sempena Sambutan Tahun Baru 2025 – Quarter Century Celebration. Buat pertama kalinya sejak perasmian pada tahun 1996, Menara Kuala Lumpur bakal diterangi dengan percikan warna-warni bunga api yang memukau, menjanjikan permulaan tahun baru yang penuh dengan memori indah.

Sambutan yang dinantikan selama 28 tahun

Pada 31 Disember 2024, Menara Kuala Lumpur menjemput para pengunjung untuk menyaksikan acara bersejarah ini yang akan menampilkan:

  • Dua Persembahan Bunga Api: Pertunjukan bunga api selama lima minit akan menghiasi bandaraya Kuala Lumpur dari Tower Terrace dan Aras TH07. Ianya pasti akan menawarkan pemandangan yang luar biasa kepada para pengunjung.
  • Hiburan Secara Langsung oleh Sky Band: Nikmati persembahan muzik secara langsung yang bertenaga sambil kita bersama-sama menghitung detik menuju tahun baru.
  • Suasana Meriah: Pintu masuk akan dibuka mulai jam 9:00 malam, lengkap dengan hidangan ringan dan pek parti untuk memeriahkan sambutan tahun baru anda.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Encik Nazli Saad, sambutan tahun baru kali ini menandakan detik bersejarah yang mengimbau semula asal-usul Menara Kuala Lumpur.

“Sejak tahun 1996, kami berdiri sebagai simbol pembangunan dan kemajuan Kuala Lumpur.

“Selepas 28 tahun, kami sangat teruja untuk membawa kembali pertunjukan bunga api ini, kerana ianya dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pengunjung antarabangsa untuk meraikan malam Tahun Baru dalam suasana yang ikonik,” katanya.

Tempah tiket anda sekarang – tempat adalah terhad

Tiket berharga RM88 seorang ini menawarkan peluang eksklusif kepada pengunjung untuk meraikan Tahun Baru dari salah satu lokasi terbaik dan paling ikonik di Kuala Lumpur.

Untuk pertanyaan lanjut:

Hubungi: +603-2020 5421

Laman Web: kltower.com.my

Ikuti: @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok untuk perkembangan terkini.

Raikan detik istimewa ini bersama kami – dapatkan tiket anda sekarang dan cipta kenangan indah hanya di Menara Kuala Lumpur!

– TAMAT

MENGENAI MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, merupakan Menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ke-tujuh tertinggi di dunia. Berdiri megah pada ketinggian 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya Sky Deck, Sky Box, dewan bankuet TEMU, Restoran ARAS, pelantar pemandangan, Tower Walk 100, kafe, gerai cenderamata dan perkhidmatan shuttle.

Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Ianya merupakan ahli ‘The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 50 menara terkenal di dunia.

Menara Kuala Lumpur kini membuka restoran berputar – ARAS yang telah mula beroperasi pada 29 Januari 2024. ARAS menjanjikan pengalaman makan yang unik dengan menu gabungan yang disesuaikan untuk memenuhi citarasa tempatan dan antarabangsa. Diuruskan oleh MKL Cuisine Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., restoran ini bersedia untuk menjadi destinasi kulinari utama di ibukota.

Untuk membuat tempahan di Restoran ARAS, sila hubungi talian +6011 2888 2020 atau emel kepada aras@kltower.com.my.

Dikeluarkan oleh Unit PR & Media Engagement Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Untuk Pertanyaan Media, sila hubungi:

Seri Nor Nadiah Koris : 016-392 7965 / serinadiah@menarakl.com.my Nur Sara Aishah Ramlan : 018-222 4930 / nursara@menarakl.com.my

Previous post KUSKOP sedia program pembiayaan bantu tingkat usahawan wanita luar bandar dan belia
Next post SHARP Malaysia sambut ulang tahun ke-40 dengan kempen ‘Live Mighty’ dan peningkatan perkhidmatan