Sonos memperluaskan barisan teater rumah terkemuka di industri dengan bar bunyi padat serba baharu
KUALA LUMPUR, 12 MEI 2022 – Sonos (Nasdaq: SONO) hari ini mengumumkan pembesar suara baru yang mengembangkan barisan teater rumah dan mudah alihnya, memberikan pendengar lebih banyak cara untuk berhubung dengan kandungan yang mereka gemar dengan lebih mudah. Dengan penampilan ulung Sonos Ray dari jenama ini, soundbar yang padat dengan bunyi mengagumkan untuk ruang yang lebih kecil seperti semua produk Sonos yang lain, pembesar suara terbaru Sonos menyampaikan bunyi hebat yang membantu anda main, dengar dan rasa lebih banyak, sama ada di rumah atau di mana sahaja.
Dengan tanda harga RM1,799, pra-tempahan untuk Ray boleh didapati secara eksklusif di trysonos.my mulai 14 Mei. Rakyat Malaysia juga boleh membeli Ray melalui rakan niaga rasmi mereka, Harvey Norman atau Lazada Malaysia bermula daripada 24 Jun.
Rumah kini menjadi teater filem, studio senaman, hab gaming dan banyak lagi, semuanya disokong oleh era penstriman yang tidak lagi eksklusif untuk hanya TV, muzik dan filem, kata Patrick Spence, Ketua Pegawai Eksekutif Sonos. Ray menjadikannya lebih mudah untuk meningkatkan pengalaman mendengar, kerana mampu memberi bunyi yang mengamumkan walaupun dengan saiznya yang lebih kecil.
Bunyi Blockbuster dari Sonos Ray Ray meningkatkan taraf hiburan di rumah dengan inovasi akustik baru yang menyampaikan bunyi seimbang, dialog yang segar dan bass yang mantap.
Bunyi Penuhi Bilik: Panduan gelombang yang direka khas memantulkan bunyi dari dinding ke dinding, dan pemprosesan yang canggih meletakkan elemen dengan tepat di seluruh bilik anda supaya anda berasa seperti berada di tengah-tengah cerita.
Tepat dan Seimbang: Sistem pantulan bass baru dengan reka bentuk proprietari memberikan tahap rendah yang mendebarkan dengan bass berwajaran sempurna, manakala akustik yang tepat mengharmonikan frekuensi pertengahan dan tinggi.
Diatur dengan Sempurna: Seperti semua speaker Sonos, Ray diatur dengan input Sonos Soundboard, sebuah koleksi pemimpin muzik, filem dan banyak lagi. Perhalusi bunyi lebih jauh dengan Trueplay untuk mencipta pengalaman
mendengar yang ideal untuk mana-mana bilik.
Tingkatkan Pendengaran: Sonos’ Speech Enhancement memastikan kejelasan yang lebih hebat supaya anda tidak terlepas walau satu perkataan, manakala Night Sound mengurangkan keamatan kesan yang kuat supaya anda tidak mengganggu orang lain di rumah.
Reka Bentuk Kompak: Sama ada anda meletakkannya di atas meja media anda atau memasukkannya ke dalam credenza, reka bentuk Ray yang kurang menonjol dan padat sesuai untuk di mana-mana ruang.
Bunyi Lestari: Ray juga mempunyai pembungkusan reka bentuk yang paling mampan setakat ini, dengan kotak hadiah dan kusyen pelindung yang dibuat 100% daripada kertas kitar semula.
Ray membawa kesederhanaan dan fleksibiliti terkemuka Sonos ke tanda harga yang lebih mampu milik, menjadikannya mudah untuk membina teater rumah pertama anda atau berkembang ke lebih banyak bilik. Soundbar baharu ini serasi dengan semua perkhidmatan penstriman kegemaran anda, jadi anda boleh menikmati filem, muzik dan banyak lagi dengan setup dan kawalan yang mudah – hanya buka aplikasi Sonos dan mula mendengar dalam beberapa minit. Anda boleh mengawal Ray dengan mudah dengan alat kawalan jauh TV anda, applikasi Sonos, Apple AirPlay 2 dan banyak lagi. Tambahkan sepasang Ones ke teater rumah anda untuk bunyi keliling atau sambungkan ke mana- mana pembesar suara Sonos untuk mendengar fungsi multi-room.
###
ABOUT SONOS
Sonos (Nasdaq: SONO) is one of the world’s leading sound experience brands. As the inventor of multi-room wireless home audio, Sonos innovation helps the world listen better by giving people access to the content they love and allowing them to control it however and wherever they choose. Known for delivering an unparalleled sound experience, thoughtful design aesthetic, simplicity of use and an open platform, Sonos makes the breadth of audio content available to anyone. Sonos is headquartered in Santa Barbara, California. Learn more at trysonos.my.