SELANGOR, 29 Okt 2023 – Pertubuhan Kiswah Prihatin (Kiswah Care) dengan kerjasama Biro Tanah Pusara Bukit Badong dan Masjid Ar Rahman Bukit Badong, Ijok Selangor menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana 2.0 di Perkarangan Tanah Pusara Bukit Badong, Ijok Selangor Darul Ehsan.
Kursus yang julung kali diadakan di Perkarangan Tanah Pusara Bukit Badong Ijok Selangor ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Kursus ini juga telah dirasmikan oleh YAB Jefri Bin Mejan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Seramai hampir 350 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak muda dan dewasa khususnya lelaki tidak lupa juga ada yang hadir dari Negeri Kedah semata mata untuk menimba Ilmu fardhu kifayah ini.
Kursus ini telah diselia dengan baik oleh Ustaz Nadzrie Abbas merupakan penceramah bebas dengan konsep teori pengurusan jenazah selama 1 jam.
Antara pengisian program adalah pada sesi pertama ceramah berkenaan Pra Pengurusan Jenazah secara teori (Tata cara Pengurusan Jenazah).
Kemudian sesi kedua menyentuh berkenaan perkongsian dari pendakwah bebas Ust Afif Izwan merupakan Pengurus Pertubuhan Ukhwah Bersama dan Pengurus Pengurusan Jenazah hampir 15tahun.
Para peserta didedahkan dengan praktikal secara berkumpulan meliputi tatacara mandi, kafan, dan solat jenazah sehingga ke liang lahat dan diakhiri dengan bacaan Talkin oleh Ust Afif Izwan. Sesi ini terbahagi kepada 3 Jenazah supaya peserta dapat terlibat sama dalam sesi Amali/praktikal ini dengan lebih mendalam.
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada anak-anak muda yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.
Kepada yang tidak dapat hadir Hari ini, jangan risau, kami akan kongsi kursus seterusnya di laman Facebook kami.
Terima kasih kepada peserta yang hadir terutama Ahli jawatankuasa Biro Tanah Pusara Bukit Badong, AJK Masjid Ar Rahman Bukit Badong serta YAB Jefri Mejan, ADUN Ijok dan penduduk sekitar Bukit Badong dan Ijok yang memeriahkan kursus pada kali ini.
Segala pertanyaan dan berkaitan, sila wassap kami di talian di bawah:
https://wasap.my/601155004313/kursusjenazah
#kursusjenazah #kursuspengurusanjenazah #kiswahzainab #rahsiahijrahcinta #mencariilmu #shahalam #selangor #rahsiahijrahcinta #kiswahzainab #bukitbadong #ijok #ijokselangor
#masjidarrahman