KEPALA BATAS, 17 Mac 2025 – Sekumpulan pelajar MBA dari Pusat Pengajian Siswazah Permagaan (UKM GSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah berjaya melaksanakan program Literasi Kewangan untuk Pelajar OKU yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Program ini bertujuan untuk membekalkan pelajar OKU dengan kemahiran asas dalam pengurusan kewangan, sekaligus membantu mereka mencapai tahap kebebasan kewangan yang lebih baik pada masa hadapan.
Program ini mendapat sokongan penuh daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), RHB-UKM Endowment Fund, Alkhair Malaysia, ALF Agency Sdn Bhd dan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, yang memainkan peranan penting dalam memastikan keayaan pelaksanaan inisiatif ini.

Seramai 60 pelajar OKU dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima telah menyertal program ini, yang merangkumi ses! pembelajaran interaktif, permainan simulasi kewangan, serta bimbingan daripada pakar dalam bidang perbankan dan perancangan kewangan.
Antara modul utama yang diperkenalkan termasuk pengurusan pendapatan, perancangan kewangan, simpanan, pelaburan, pengurusan risiko, dan penggunaan instrumen kewangan digital.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Mohd Anuar bin Abdullah, Timbalan Pengarah Sektor Permnbangunan Instrukstonal, Bahagian Pendidikan Khas, Kementertan Pendidikan Malaysia.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Nur Laili Ab Ghani, wakil kepada Dekan, UKM Graduate School of Business, YBrs. Puan Rosiah Mohamed Ariff, Pengetua SMKPK Bumbong Lima, YBrs. Puan Anes Juwita Yahya Pengurus,Jabatan Deposit, Pembayaran dan Rangkuman Kewangan, Bank Simpanan Nasional (BSN) serta YBrs. Tuan Amizan bin Haji Ahmad, Timbalan Naib Presiden, RHB Bank Berhad Wilayah Utara.
Menurut Dr. Nur Laili Ab Ghani, program ini bukan sahaja bertujuan untuk membentuk pemahaman asas dalam pengurusan kewangan dalam katangan pelajar OKU, malah turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam mengurangkan ketidaksamaan pendidikan dan memingkatkan tahap kesejahteraan ekonom golongan ini.
“Program ini merupakan satu langkah proaktif dalam membentuk masa depan yang lebih cerah untuk pelajar pelajas OKU. Dengan adanya pengetahuan kewangan yang kukuh, mereka lebih bersedia untuk mengurus kehidupan mereka dengan lebih berdikar! serta membuat keputusan kewangan yang lebih bijak,” katanya.

Sementara itu, Siti Zanariah binti Makhdar, selaku Pengarah Projek, menyatakan bahawa program ini merupakan satu pencapaian besar bagi pasukan ELITE dan mencerminkan komitmen mereka terhadap pendidikan kewangan yang inklusif.
“Kami amat berbangga dapat menganjurkan program ini dan melihat impak postfnya terhadap pelajar pelayar OKU.
“Pendidikan kewangan adalah satu keperluan asas yang perlu dikuasai oleh semua golongan, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas.
“Dengan bimbingan yang betul, mereka dapat membina keyakinan dalam mengurus kewangan mereka sendiri,” katanya.
Seiring dengan Global Money Week 2025, program ini menjadi platform penting dalam mempromosikan kesedaran tentang literasi kewangan sejak usia muda.
Dengan kejayaan pelaksanaannya, Team ELITE berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah pendidikan khas yang lain di Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau makiumat tambahan mengenai program ini, sila hubungi elitmbagroup@gmail.com