KUALA LUMPUR, 17 November 2021 – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) menerima Anugerah Kantar Jenama Malaysia 2021 dalam kategori Insurans, mengatasi 14 syarikat insurans lain di Malaysia semasa majlis anugerah secara maya yang diadakan pada 11 November 2021.
Kantar, syarikat data, maklumat dan perundingan terkemuka di dunia menganugerahkan kejayaan itu selepas PAMB mendapat mata tertinggi bagi ketiga-tiga metrik yang digunakan Kantar untuk mengukur kejayaan jenama – ekuiti jenama, reputasi korporat, dan indeks kepercayaan pengguna.
Kantar menggunakan kaji selidik e-mel untuk 2,000 orang di Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk hasil penemuan mereka.
Eric Wong, Ketua Pegawai Pelanggan & Pemasaran PAMB berkata, “Bagi pihak Prudential Assurance Malaysia Berhad, saya amat berbangga dan berbesar hati untuk menerima Anugerah Jenama Kantar Malaysia 2021 dalam kategori Insurans.
Di Prudential, pelanggan kami adalah keutamaan dalam segala yang kami lakukan. Kami dengar kepada pelanggan kami, memahami keperluan mereka, dan menunaikan janji kami – untuk membantu memanfaatkan kehidupan mereka dan untuk hidup dengan lebih yakin.”