Post Views: 176
5 Mei – Shah Alam, Selangor
Sebanyak 11,000 peniaga bazar Ramadan di enam daerah di Selangor bakal menerima bantuan RM500 akibat tidak dibenarkan beroperasi mulai Sabtu ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menjangkakan bantuan khas berkenaan akan disalurkan selepas Aidilfitri dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.
“Menyedari tentang masalah yang melanda penjaja bazar Ramadan, 11,000 penjaja bazar Ramadan terjejas, kerajaan akan membantu mereka melalui bantuan RM500 menjelang selepas 1 Syawal demi membantu kesusahan akibat penutupan,” katanya.

Sumber : PN BBC