ISLAM tidak melarang umatnya meraikan sambutan tahun baharu Masehi setiap tahun, asalkan dengan cara yang murni, beradab dan tidak melanggar syariat.

Sambutan yang dilakukan hendaklah membawa diri dekat dengan Allah SWT, bukan dalam kelekaan hingga dimurkai-Nya.

“Sambutan tahun baharu mengikut syariat Islam adalah lebih wajar, dan sebaik-baiknya. Justeru, pihak saya mengambil pendekatan sedemikian dengan menganjurkan program menyambut ketibaan tahun 2025 pada 31 Disember nanti,” ujar Puan Nur Amira Abd Razak, Pengarah Urusan NHMall Worldwide Empire.

Dari kiri; Puan Nur Amira Abd Razak, Ustaz Fitri Abd Samad, Daqmie dan Dato’ Royce Salyan semasa sesi soal jawab sidang media

Beliau menyatakan sedemikian semasa sidang media program anjuran pihaknya ini bersama-sama Anita Entertainment & Productions, dan AM Event Management, yang diberi nama ‘Gema Selawat di Puncak Menara Kuala Lumpur & Menara Alor Setar’ serentak.

Sebagai penutup tirai 2024, gema selawat itu merupakan program seni yang berkonsepkan Islam dengan tujuan mengajak semua umat Islam tidak mengira usia, untuk sama-sama menyemarakkannya.

Menurut Puan Nur Amira lagi, selain berselawat memuji kebesaran Allah, dan mengenang jasa Nabi Muhammad SAW, beberapa paparan dokumentari sirah perjuangan Baginda turut diselitkan.

Seperti yang dijelaskan tadi, program ini juga merupakan landasan untuk membawa ummah mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul junjungan.

Poster Gema Selawat

“Program penutup tirai 2024 ini akan diserikan dengan alunan lagu-lagu qasidah dari kumpulan Assiddiq, Munshidat El Qassh dan beberapa artis lain,” ujarnya yang mahu memastikan program selawat ini nanti bertepatan dengan landasan Islam melalui selawat ke atas Junjungan Mulia.

Turut menghadiri majlis sidang media tersebut di Restoran Arab Alkhair Restaurant, Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu ialah Puan Anita Yusop dari Anita Entertainment & Productions selaku Promosi dan Pemasaran bagi kerjasama khas bersama NHMall Worldwide; Ustaz Fitri Abd Samad (Tugas-tugas Khas); Umie Lyna (Setiausaha); Siti (Penyelaras Media), dan Puan Saadiah Kamin (Koodinator).

Sesi sidang media dijalankan di restoran Arab Alkhair Restaurant, Kuala Lumpur, 9 Disember lalu

Daqmie yang terkenal dengan lagu Tangisan Sebatang Tamar, serta Dato’ Royce Salyan dan kumpulannya Munshidat El Qassh sebagai selebriti undangan, bersama-sama kumpulan Assidiq antara yang telah menyatakan persetujuan menjayakan ‘Gema Selawat di Puncak Menara Kuala Lumpur & Menara Alor Setar’ nanti.

Apa yang penting, program ini menyemai rasa kasih dan cinta buat Nabi Muhammad, mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam, menerapkan tentang pentingnya keimanan dalam pembentukan sahsiah diri, dan menyemai budaya mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan.

Nur Amira berharap kejayaan program ini akan mendapat restu dan bantuan Allah, serta mendapat sambutan di luar jangkaan, lantas menjadi contoh yang baik untuk mudi, dan masyarakat amnya.

Sementara itu, Daqmie yang turut hadir menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana terpilih menjayakan program berkenaan.

“Berselawat di tempat yang tinggi memang baik, dan amat istimewa. Lebih tinggi sesuatu tempat itu adalah lebih baik lagi kerana lebih cepat sampai kepada-Nya,” ujar beliau.

Begitu juga Royce yang sependapat dengan Daqmie, dan tidak sabar untuk memberikan persembahan terbaik. Mereka juga teruja untuk suatu hari nanti berselawat pula di Menara Warisan 118 PNB.

Atur cara Majlis Gema Selawat

Mengenai artis lain yang akan turut ditampilkan, Nur Amira memberitahu pihaknya memang ada memberikan jemputan kepada beberapa nama.

“Tetapi, buat masa ini belum dapat diberitahu siapakah mereka. Cuma, yang pasti, Daqmie, Royce dan Assidiq tidak akan menghampakan hadirin,” jelas beliau sambil memberitahu sasaran jumlah hadirin adalah 200 orang di Menara Kuala Lumpur, dan Menara Alor Setar.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program, pemberian meja, ruang iklan buku cenderahati serta tajaan, sila hubungi Puan Lyna 011 211 4192Puan Saadiah 013 737 4322Cik Zura 011 5742 5493Cik Siti 018 353 6879Ustaz Mad 012 579 5418Encik Khaliq 014 233 3490Encik Fitri 011 1313 3631, dan Puan Amira 019 387 5060, atau e-mel selawatdipuncak@gmail.com. – SUKSES NEWS

Previous post SkyWorld, PDC bina projek rumah mampu milik terbesar di Pulau Pinang
Next post MBSB lancar pelaburan emas digital mampu milik PrimeGold-i