Sidang Media ‘ShowCase Saleem Raja BaladaSyokkk OOO‘!.
Kuala Lumpur, 9 April 2018 – Tahun 2018 genaplah 28 tahun pembabitan beliau di dalam industri hiburan tanahair. Bagi membuktikan kredibiliti, reputasi, serta populariti beliau sesuatu yang tidak boleh di sangkal, SALEEM, satu (1) nama yang tidak asing lagi di dalam industn’ hiburan negara kini muncul buat pertama kalinya di dalam showcase beliau sendiri yang bakal menghiburkan peminatnya di ‘SHOWCASE SALEEM RAJA BALADASYOKKK 000 ‘ bertempat di MaTic, Kuala Lumpur.
Bagi melegakan kerinduan peminat-peminat, showcase ini bakal menghimpunkan kembali lagu-lagu yang pemah menjadi hit dan masih menjadi siulan peminat-peminat muzik tanahair serta akan diselitkan juga dengan lagu baru Saleem yang bertajuk Janggawari hasil ciptaan Ezarn EYE.
Selain daripada itu, showcase ini juga akan dimeriah dengan kemunculan Azlee Senario sebagai artis jemputan yang juga akan bertindak sebagai pengacara di showcase ini nanti pada 20 April 2018.
Di sebalik keseronokan di dalam berhibur, tujuan utama Saleem membuat showcase sulungnya ini adalah bagi membantu rakan-rakan di dalam industri hiburan Malaysia yang di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. “Apabila Allah izinkan saya kembali sembuh dari sakit, saya dapat merasakan kesusahan apabila kita amat memerlukan bantuan kewangan bagi membayar rawatan perubatan, sementelah saya tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja. Saya membayangkan bagaimana kesusahan yang sama terpaksa di tanggung oleh rakan-rakan saya di dalam industri hiburan yang sedang berjuang dengan kesakitan dan juga rakan-rakan yang kurang atau langsung tidak mempunyai pekerjaan. Di sinilah timbulnya rasa keprihatinan saya untuk membantu dengan bakat yang Allah telah anugerahkan kepada saya” luah Saleem.
Di sini timbulnya ‘SHOWCASE SALEEM RAJA BALADASYOKKK OOO’. Dengan kutipan tiket daripada showcase ini, pihak penganjur bersama, Laga Emas Enterprise dan Salju’s Enterprise akan mengagih-agihkan kepada artisartis, pengurus-pengurus artis, pembantu-pembantu peribadi serta krew-krew produksi yang amat memerlukan dengan kerjasama daripada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Bilangan yang akan dibantu bergantung kepada hasil penjualan tiket untuk showcase ini.
Bersempena dengan showcase ini juga, Saleem akan mengumumkan produk terbaru Saleem bekerjasama dengan MORAS GROUP SDN BHD iaitu pakaian berjenama ‘SALEEM by MORAS ‘.
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Dan disaat waktuku tiba Ku yakin semua kan menjadi nyata, cahaya
Cinta tergelar dihdapan hamba
Kembali bersama dalam naungan cintaNya
###
No 3 Jalan Mega 10 ,Taman Mega Jaya.Cheras Bam . 56100.Kuala Lumpur. MalaysiaTeI: +603-42875295 I 012-6660560 Email: Iagaemas@gmail.com GST No : 000608587776
LAGA EMAS
LAGA EMAS SOUND & LIGHT
www.lagaemas.com.my