Kuala Lumpur, 12 April 2018:

Starbucks menyambut kedatangan musim panas dengan dua (2) minuman Frappuccino baharu dalam perisa yang nyata memperlihatkan kelainan dan menjanjikan kepuasan dari saat pertama anda menghirup nikmat rasanya. Terkenal kerana perisanya yang menambat selera, Frappuccino® diadun untuk penggemar manisan yang arif memilih dan sentiasa mendambakan kelazatan.

Pelancaran minuman Frappuccino baharu, Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®, pasti akan membawa kedinginan dan menghilangkan bahang cuaca panas!.

☆ Baharu! Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino®: Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® menyeduh koko hitam ke dalam kopi Starbucks dengan adunan cip kopi dan dilapisi krim putar yang gebu. Minuman monokromatik ini ditaburi sedikit serbuk koko hitam di atas untuk mengembalikan kenangan manis.

☆ Baharu! Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®: Memberikan sentuhan kelainan pencuci mulut ‘Tiramisu’ yang termasyhur, minuman adunan istimewa ini menggabungkan rasa enak krim kek keju dengan rasa pahit manis matcha (teh hijau) Jepun. Tea-ramisu membawakan tekstur unik dan rasa Frappucino terbaharu Starbucks dengan adunan asas susu berperisa kek keju dan sos teh hijau yang ditambah krim putar dan taburan biskut teh hijau hancur.

Rasai saat-saat indah bersantai di musim panas ini dengan menikmati minuman sejuk beku kegemaran anda bersena dua (2) sajian ringan bercoklat baharu yang ditawarkan oleh Starbucks Oreo Matcha Oreo Cheese Cake (Kek Keju Oreo Teh Hijau) dan Salted Corn Chocolate Puff (Paf Coklat Jagung Masin). Oreo Matcha Oreo Cheese Cake dibuat daripada biskut Oreo sebagai lapisan dasar dengan mousse keju teh hijau berkrim di atasnya dan ditaburl cebisan biskut Oreo, manakala Salted Corn Chocolate Puff dibuat daripada pastri Danish dengan perisa emping coklat berinti jagung masin berkrim yang menyelerakan.

lstimewa untuk semua penggemar kopi, Starbucks memperkenalkan koleksi pek biji kopi yang dipanggang menggunakan kepakaran tersendiri, mengandungl Kati Kati Blend, adunan kopi yang dipanggang secara sederhana untuk memberikan sentuhan perisa sitrus dan rempah ratus dari Kenya dan aroma bunga dari Ethiopia, dan kopi tempal asal tunggal (single origin) baharu yang penuh berperisa dengan keasidan jus dan kemanisan coklat susu Colombia Huila. Untuk musim ini, terdapat juga barangan cenderahati baharu bertema Musim Panas dan kad istimewa Starbucks untuk Hari lbu, yang sesuai dijadikan hadiah buat ibu tersayang.

Starbucks(R) Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino® yang diadun khas berharga RM18.60 ke atas. Semua minuman untuk Musim Panas ini boleh didapati di semua cawangan Starbucks dari 17 April 2018, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.

###

Mengenai Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd

Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd adalah syarikat hak milik Berjaya Corporation Berhad dan pemegang lesen Starbucks Coffee international. Syarikat ini mengendalikan peruncitan Starbucks di seluruh Malaysia dan komited menawarkan kopi terbaik dunia ini dan memperkaya kehidupan rakyat Malaysia secawan demi secawan. Starbucks Malaysia telah dinamakan ‘Best Premium Roast Coffee’ dan ‘Best Specialty Coffee Chain’ dalam Asia Halal Brand Awards (AHBA) 2017. Pada tahun yang sama, Starbucks Malaysia juga menerima anugerah dalam kategori ‘Restaurant & Fast Food’ dalam Putra Brand Awards (PBA). Syarikat ini telah dinamakan ‘Top Companies to Work for in Asia’ dalam kategori ‘Sustainability’ dalam Asia Corporate Excellence & Sustainability Awards (ACES) 2017. Starbucks Malaysia telah dinamakan sebagai majikan terbaikdalam Anugerah Majikan Terbaik Aon Hewitt Malaysia 2015, menerima ‘Terbaik daripada Yang Terbaik’. Anugerah Majikan Terbaik Aon Hewitt disifatkan sebagai satu daripada anugerah paling berprestij di dalam mengiktiraf syarikat-syarikat yang memiliki hubungan dengan kakitangan yang tinggi, jenama majikan yang baik, kepimpinan berkesan dan budaya berprestasi tinggi. Starbucks Malaysia juga menerima pengiktirafan dalam Anugerah Putra Brand 2017. Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web rasmi www.starbucks.com.my atau laman Facebook http://www.facebook.com/StarbucksMalaysia/ dan di.

Mengenai Starbucks

Sejak 1971, Starbucks Coffee Company sentiasa komited untuk menyumber dan memanggang biji kopi berkualiti tinggi arabica secara beretika. Hari ini, dengan kedainya di seluruh pelusuk dunia, syarikat Starbucks merupakan pemanggang dan peruncit kopi istimewa perdana di dunia. Menerusi komitmen padu kami terhadap kecemerlangan dan berpegang kepada prinsip, kami membawa Starbucks Experience yang unik kepada setiap pelanggan menerusi setiap cawan. Bagi berkongsi pengalaman ini sila lawat kami di kedai-kedai kami, secara dalam talian di Starbucks.com dan menerusi Starbucks Newsroom.

Previous post Sidang Media ‘ShowCase Saleem Raja BaladaSyokkk OOO‘!.
Next post 2018 FACE OF ASIA PACIFIC MODEL SEARCH – The Search of the Next Celebrity Supermodel