Pengerusi Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Datuk Seri Hj Halim Hj Ishak menyarankan kepada barisan pucuk pimpinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar meningkat tahap profesionalisma warga kerja PDRM serta menggembalikan kepercayaan rakyat kepada PDRM selaku institusi tertua dengan memerangi rasuah di kalangan pegawai dan anggota sempena Ulang Tahun Hari Polis ke 215.
Menurut Halim lagi bahawa “jantung dan hati” PDRM adalah di Bahagian Pengurusan dan Kenaikan Pangkat. Maka sudah tiba masanya pihak YDH Tan Sri Acryl Sani, Ketua Polis Negara mengamalkan sistem pemilihan kenaikan pangkat dan penempatan jawatan ke atas setiap pegawai dan anggota dengan berformulakan merit, pragmatik dan integriti demi memulihkan keyakinan rakyat serta menggembalikan maruah Sang Saka Biru yang di robek oleh netizen di media sosial di sebabkan oleh kenakalan segelintir pegawai dan anggota di dalam pasukan.
Adalah tidak adil bagi masyarakat menghukum sesuatu agensi di atas salah laku segelintir daripada mereka yang tidak mengambarkan keseluruhan warga kerja PDRM yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas memelihara keamanan negara.
MCCF yang merupakan rakan gabungan Rasuah Busters dan mengetuai Ujian Psikometrik Personaliti RBTag dalam kempen Kerajaan Tanpa Rasuah semasa PRN Melaka dan Johor baru-baru ini juga berharap agar pihak Kementerian Dalam Negeri menggunapakai elemen ujian RBTag ini di semua agensi di bawah KDN khususnya.