Ulasan Pencerobohan PLAAF

Insiden terbaru melibatkan pesawat pengangkut strategik angkatan udara Republik Rakyat China yang dikesan radar pengawasan udara TUDM dan dipintas oleh No.5 Skuadron menunjukkan beberapa perkara.

1. China cuba mencongak seberapa pantas tindakbalas angkatan udara kita, khususnya bila ia melibatkan formasi udara skala besar.

2. Tindakbalas yang lebih khusus melibatkan pasukan kita yang ditempatkan di Pangkalan Udara Gong Kedak, yakni No12 Skuadron yang menerbangkan pesawat Su 30MKM. Di sini, China cuba untuk menentukan masa yang diambil oleh No12 Skn untuk bertindak balas dengan formasi skala besar sedemikian, lebih-lebih lagi formasi ini terbang dari pangkalan hadapan China yang terletak di Laut China Selatan hasil tambakan skala mega yang dibuat sejak 2012.

3. Formasi penerbangan China jelas berniat memasuki ruang udara dan menuju ke arah Sarawak. Jenis pesawat yang diterbangkan juga menunjukkan China sedang merungkai sesuatu dan cuba mengatur langkah melibatkan operasi lintasan udara. Mungkin mengutip data elektronik pesawat-pesawat tempur kita, saluran komunikasi dan penderia-penderia yang mengawas ruang udara negara. Dalam formasi besar sedemikian tidak mustahil ia dipantau oleh pesawat elektronik milik PLAAF yang beroperasi diluar formasi. Kelihatan ia satu tugasan “intelligence gathering” yang berselindung dengan misi lain.

4. Terbang ke Beting Serupai merupakan satu langkah menguatkan tuntutan China ke atas beting tersebut yang berada didalam lingkungan 9 Garis Putus (9 Dash Line). Sebelum ini pihak angkatan tentera China menghantar kapal perang, kali ini ia menghantar pesawat untuk mengabsahkan tuntutan mereka. Satu bentuk “show of force” tetapi diselindung dengan alasan “freedom of overflight” dalam Zon Ekonomi Eksklusif sebagaimana disebut UNCLOS.

5. Jelas formasi tersebut bukan terbang dalam formasi komersial. Ia adalah “latihan ketenteraan” dan bagi pihak Malaysia, latihan sedemikian di dalam ZEE negara memerlukan notis pemberitahuan melalui saluran diplomatik. Jelas China mula menggunakan alasan sama yg digunakan oleh AS utk mengabsahkan tindakan mereka.

6. Melihat trend China sebelum ini, pasti akan ada lagi pencerobohan sebegini dalam masa terdekat. Barangkali melibatkan jenis pesawat sama atau mungkin bersama pesawat tempur.

7. Keupayaan TUDM dari sistem amaran radar pertahanan Udara harus dipuji kerana dengan jelas mengesan pergerakkan awal formasi PLAAF ke Ruang Udara ZMM Kota Kinabalu yang terletak di Sarawak.

8. Satu lagi yang perlu dimudah cara dan dicepatkan kerja adalah masa dan tempoh pesawat-pesawat TUDM untuk memintas pesawat-pesawat asing dalam OPS Curiga. Seperti yang kita amati dalam kenyataan Media PTU.3 buah Pesawat Hawk berlepas dan memintas pesawat-pesawat PLAAF pada jam 1333H dengan jarak masa dekat 1 jam 40 Minit dari Masa Radar Pertahanan Udara TUDM mengesan pada 1153H. Diharap pada masa akan datang, Jurang masa Ops Curiga diaktifkan dengan masa Radar Pertahanan Udara mengesan dikurang sehingga ke tempoh yang optima.

9. Insiden ini memang adalah satu Wake Up Call atau MMP nak cakap bahasa kasar Panggilan Penampar kepada Kerajaan akan keupayaan Aset TUDM yang sekian lama dinafikan untuk ditambah dan dinaiktaraf ekoran sikap Politik Kerajaan itu sendiri.

10. 4 Buah Su30MKM juga dikatakan berlepas untuk terlibat sama dengan 3 Buah Hawk dalam Ops Curiga 31/5/2021.11. Keputusan TUDM menempatkan Squadron ke 5 Hawk di PU Labuan adalah keputusan yang tepat.

Malaysia Military Power (MMP) https://www.facebook.com/108351972521161/posts/4139782796044705/

Previous post DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU
Next post Wanita gelang merah jambu dikompaun RM1,500