KUALA LUMPUR, 23 Jan 2025 – Alkhair Malaysia (Pertubuhan Al-Khair Malaysia) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai Duta Kebaikan Alkhair bagi tahun 2025, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.

Pelantikan ini bertujuan untuk memperkukuhkan usaha Alkhair Malaysia dalam memperkenalkan organisasi secara lebih meluas melalui peranan Duta, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aktiviti kemanusiaan, dan menyampaikan mesej kebaikan kepada komuniti tempatan dan antarabangsa.

Sebagai simbolik pelantikan ini, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou)diadakan, disempurnakan oleh Ustaz Azfar Abdullah, Pengerusi Alkhair Malaysia, bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Duta Kebaikan Alkhair.

Majlis ini dijangka memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi visi dan misi dalam menyebarluaskan mesej kebaikan serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif kebajikan.

Pertubuhan Al-Khair Malaysia adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 2024. Objektif penubuhan ini adalah bagi membantu kerja kebajikan dan misi kemanusiaan di dalam Malaysia dan luar negara.

#alkhairmalaysia #suksesnews #kebaikkan

Previous post Menara Kuala Lumpur disinari lampu hijau sebagai tanda masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak
Next post Insaf Malaysia kembali dengan Program Beras Amal Sekampit Beras Satu Keluarga