KUALA LUMPUR, 21 Mac 2022 – Kebelakangan ini masyarakat Malaysia sering menerima tawaran-tawaran pelaburan dalam bentuk emas oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Datuk Seri Haji Halim Haji Ishak yang menjalankan program teras Pembangunan Sosio-Ekonomi di dalam Komuniti agar berdaya membina Kemakmuran Hidup, Memperkukuh Perpaduan dan Memelihara Keamanan ingin mengingatkan komuniti masyarakat agar berhati-hati di dalam membuat pelaburan emas dan kewangan.

Saranan itu di sokong oleh Wan Abdul Rahim Kamil selaku Felo Penasihat Kewangan & Pelaburan Syariah MCCF, di Malaysia, pelaburan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan skim Kewangan lain pula, oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Tujuan kedua pengawal-selia tersebut adalah untuk memastikan Perlindungan Kepada Pelabur atau “Investor Protection”. Oleh itu adalah wajib bagi setiap syarikat yang menawarkan apa jua jenis skim pelaburan, mendapat izin atau mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh mana-mana pengawal selia tersebut. Sama ada lesen Pengurusan Dana atau Pengurusan Aset (Fund Management or Asset Management), atau lesen Pengambilan Deposit (Deposit Taking).

Wan Abdul Rahim Kamil yang berpengalaman luas di dalam perbankan Islam dan merupakan Perunding Kewangan Islam dan Penasihat Syariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti menyatakan bahawa masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu agar perlu lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang pelaburan agar tidak terjebak di dalam unsur riba dan tidak patuh Syariah dimana masyarakat boleh merujuk kepada maklumat yang di paparkan oleh Bank Negara Malaysia melalui website BNM:

Senarai syarikat-syarikat yang terlibat dalam scam Kewangan boleh dirujuk kepada https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list

Produk-produk berkait dengan emas yang perlu patuh kepada keperluan berikut:

  1. Bukti produk yang ditawarkan, mengikut klasifikasi yang penentuan nilai sebenar;
  2. Akad penjualan dan penerimaan barangan yang mengikut rukun syariah, misalnya pembayaran dan penyerahan barangan mestilah “yaddan bi-yad” iaitu serta-merta; dan sekiranya konsep jualan dibawah skim Multi-Level Marketing atau MLM, pakej keanggotaan mestilah bebas dari konsep perjudian atau riba. Pastikan juga bahawa syarikat yang berkait dengan tawaran produk mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan MLM.

Sekiranya pula skim pembelian emas memerlukan kepada tabungan berdikit sehingga cukup jumlah yang setimpal dengan nilai emas yang akan dibeli, harus difahami bahawa ini adalah skim simpanan.

Syarikat yang tidak mempunyai lesen Pengambilan Deposit yang dikeluarkan oleh BNM, dilarang dari menjalankan perniagaan yang dimaksudkan.

Pastikan pengesahan patuh syariah dibuat oleh Penasihat syariah yang berdaftar sama-ada dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia.

 

 

Previous post Wonder 7 Global lancar penyelesaian pembiayaan untuk MSME melalui Boost
Next post Pasangan usahawan ini bangkit bina empayar niaga setelah alami kerugian setengah juta ringgit