KUALA LUMPUR – Syarikat pemasaran rangkaian tempatan, UGreat International Sdn Bhd (UGreat) melancarkan produk baharu siri kopi premium mereka serta meraikan pencapaian pengedar cemerlang dalam sebuah acara eksklusif bertemakan UGreat New Wave 2026 di Hotel Kingston10, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Majlis tersebut menghimpunkan pemimpin rangkaian, pengedar serta komuniti perniagaan dari Malaysia, Indonesia, Afrika dan India.
Ketua Pegawai Eksekutif UGreat International, Tuan Haji Mohd Taufik Mohd Samsudin, dalam ucapan perasmiannya menekankan pemilihan kopi sebagai fokus produk utama syarikat bukanlah suatu kebetulan, sebaliknya berasaskan kekuatan industri kopi yang diiktiraf sebagai antara industri terbesar dunia.

Menurut beliau, kopi merupakan minuman yang merentasi budaya, negara dan generasi, sekali gus menjadikannya trend penting dalam ekonomi serta gaya hidup masyarakat global masa kini.
“Kopi adalah salah satu industri paling kuat di dunia. Di mana-mana negara, mana-mana budaya dan mana-mana generasi, orang minum kopi setiap hari. Ini menjadikan kopi bukan sekadar minuman, tetapi satu fenomena ekonomi dan kehidupan,” katanya.
Beliau menjelaskan, UGreat tidak sekadar meletakkan diri sebagai jenama kopi semata-mata, sebaliknya membina sebuah platform yang menghubungkan gaya hidup sihat, penggunaan harian dan peluang pendapatan kepada komuniti pengedarnya.

“UGreat bukan hanya menjual kopi. Kita membina satu ruang yang menyambungkan gaya hidup pengguna dengan peluang menjana pendapatan. Misi kita mudah – menyambungkan kegembiraan kepada setiap rumah melalui produk berkualiti, peluang ekonomi dan kesejahteraan kewangan,” ujar beliau.
Dalam majlis tersebut, siri produk UG Cafe Series diperkenalkan sebagai teras baharu strategi syarikat bagi tahun 2026. Mohd Taufik menegaskan bahawa pemilikan produk ini bukan sekadar urus niaga jual beli, tetapi membawa nilai jangka panjang kepada keluarga pengedar.

“Apabila seseorang memiliki produk UG Cafe Series, mereka bukan hanya menjual atau meminum kopi. Mereka membina kepercayaan, kestabilan dan masa depan keluarga. Di sinilah perniagaan mencipta kesan sosial yang sebenar,” katanya lagi.
Menurut Mohd Taufik, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan semakin meningkat, termasuk dalam pemilihan minuman harian. Kini, kopi dan teh bukan lagi sekadar minuman tenaga, malah menjadi medium sokongan kesihatan. Inovasi ini diterjemahkan melalui rangkaian minuman berasaskan kesihatan iaitu UG Cafe Latte, UG Cafe Supreme dan UG Black Tea Supreme.
UG Cafe Latte diformulasikan khas untuk menyokong kesihatan paru-paru dengan gabungan Tiger Milk Mushroom dan Cordyceps, dua bahan semula jadi yang terkenal dalam dunia herba tradisional. Formulasi ini sesuai untuk individu yang ingin menjaga sistem pernafasan, khususnya dalam persekitaran moden yang terdedah kepada pencemaran dan gaya hidup sibuk.
Bagi penjagaan kesihatan mata pula, UG Cafe Supreme dan UG Black Tea Supreme tampil dengan formulasi istimewa yang mengandungi gabungan Zanmax, Lutein dan Zeaxanthin. Nutrien ini membantu menyokong fungsi mata, terutamanya bagi mereka yang terdedah kepada penggunaan skrin digital dalam tempoh yang panjang.

Katanya, kesemua produk ini dikeluarkan oleh Ugreat International, sebuah syarikat yang komited dalam membangunkan produk kesihatan berkualiti serta mengajak orang ramai untuk lebih prihatin dan proaktif dalam menjaga kesihatan seharian.
“Gabungan rasa yang enak bersama manfaat kesihatan menjadikan rangkaian minuman ini satu pilihan bijak untuk gaya hidup moden yang seimbang,” katanya lagi.
UGreat International turut mengumumkan sasaran penjualan 1 juta unit dalam tempoh 12 hingga 18 bulan, yang disifatkan sebagai satu ambisi realistik berasaskan sistem, rangkaian dan strategi yang tersusun.
Beliau menjelaskan bahawa sasaran tersebut akan digerakkan melalui konsep “people franchise” dan model pengedaran dari satu manusia keppada manusia, disokong kepimpinan kukuh serta operasi berskala global yang terbuka.
Acara UGreat New Wave 2026 juga menjadi simbol perubahan pendekatan syarikat daripada model francais tradisional kepada kekuatan komuniti serta pembinaan ekosistem perniagaan. Konsep “New Wave” digariskan sebagai usaha mentransformasikan nilai daripada sekadar penjualan produk kepada pembangunan jaringan sosial dan ekonomi.

Dalam majlis yang sama, UGreat memberi penghormatan kepada para pemimpin rangkaian dan pengedar berprestasi tinggi atas disiplin, kepercayaan dan konsistensi mereka dalam membina perniagaan.
Lebih 100 orang pengedar tahap pemimpin telah menerima pengiktirafan daripada pihak syarikat bermula dari 29 orang penerima pangkat Star 500, 25 orang penerima Star 1000, 21 orang Star Executive, 9 orang Silver Executive, 5 orang Gold Executive dan 6 orang penerima Anugerah ‘Top Rank‘.
Mohd Taufik menyeru agar para pemimpin terus menjadi contoh dan inspirasi kepada ahli baharu yang menyertai komuniti syarikat.
Sebagai penutup ucapan, beliau menegaskan bahawa masa depan perniagaan bergantung kepada syarikat yang memperkasakan individu serta pemimpin yang bergerak bersama komuniti.

“UGreat New Wave bukan sekadar pengumuman. Ia adalah satu pergerakan. Hari ini kita bukan hanya mengumumkannya, kita memulakannya,” katanya penuh semangat.
Acara tersebut dilihat sebagai langkah strategik UGreat International dalam memperkukuh kedudukan dalam industri pemasaran rangkaian serta memperluas pengaruh produk kopi mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa yang digerakkan sepanjang tahun 2026.
— SUKSES NEWS
