KAJANG – Kedai Emas Sri Semantan (KESS) mencipta satu lagi pencapaian besar apabila melancarkan pembukaan enam cawangan baharu serentak di beberapa lokasi strategik sebagai usaha memperluaskan akses masyarakat terhadap pembelian dan simpanan emas secara lebih mudah, selamat dan dipercayai.

Enam cawangan baharu yang dilancarkan serentak pada 10 Mei lalu ialah Kajang, Selangor, Sandakan dan Tawau (Sabah), Gua Musang (Kelantan), Bertam (Pulau Pinang) dan Terengganu.

Kedai Emas Sri Semantan cawangan Kajang yang juga merupakan ibu pejabat KESS yang baharu sempurna dirasmikan.

Pembukaan enam cawangan tersebut bukan sahaja mencerminkan perkembangan positif syarikat, malah menjadi simbol keyakinan masyarakat serta komuniti Seri Semantan Privilege Club (SSPC) terhadap jenama tempatan yang semakin berkembang dalam industri emas negara.

Menurut Pengerusi KESS, Mohamad Hafizal Mahmood, langkah tersebut bukan sekadar pembesaran perniagaan, tetapi sebahagian daripada usaha mendekatkan peluang ekonomi dan pendidikan kewangan kepada masyarakat.

“Pembukaan enam cawangan serentak ini merupakan satu pencapaian besar buat kami kerana ia melambangkan keyakinan masyarakat terhadap jenama Kedai Emas Sri Semantan serta perkembangan positif industri emas tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Buletin Utama TV3 di ibu pejabat baharu KESS di Kajang sejurus selepas upacara pelancaran pembukaan cawangan.

Pengerusi KESS, Mohamad Hafizal Mahmood ditemu bual wartawan Buletin Utama TV3

Antara lokasi utama yang dipilih ialah Kajang yang dilihat mempunyai potensi besar dari segi pertumbuhan ekonomi dan komuniti yang aktif, selain kedudukannya yang strategik serta menjadi tumpuan ramai.

Hafizal menjelaskan, pihak syarikat percaya kawasan tersebut mampu menjadi pusat penting dalam membudayakan simpanan emas dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan aset serta perancangan kewangan jangka panjang.

“Kami melihat Kajang sebagai kawasan yang mempunyai potensi besar dalam membudayakan simpanan emas dan pendidikan kewangan kepada masyarakat,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, beliau berkata, setiap cawangan yang dibuka bukan hanya berfungsi sebagai lokasi jual beli emas, tetapi turut dijadikan pusat komuniti bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan aset, simpanan dan peluang ekonomi.

Sepanjang promosi pembukaan berlangsung, pengunjung serta ahli SSPC bakal menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk harga promosi pembukaan, hadiah eksklusif, cabutan bertuah dan aktiviti kekeluargaan.

Namun, jelas beliau lagi, perkara paling utama yang mahu dibawakan kepada pelanggan ialah pengalaman serta kefahaman tentang nilai emas sebagai aset jangka panjang dan simbol kestabilan kewangan.

Penerima insentif kereta bergambar di hadapan bangunan cawangan Kedai Emas Sri Semantan, Kajang.

“Kami mahu orang ramai datang bukan sekadar membeli emas, tetapi memahami nilai emas sebagai aset jangka panjang dan simbol kestabilan kewangan,” katanya.

Selain menawarkan suasana yang lebih mesra pelanggan, pihak Kedai Emas Sri Semantan turut menyediakan konsultasi secara terus bagi membantu masyarakat memahami bagaimana emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan yang lebih tersusun untuk masa hadapan.

Dalam pada itu, syarikat turut menyatakan harapan untuk menjadi jenama yang dekat di hati masyarakat melalui hubungan jangka panjang yang dibina berasaskan kepercayaan, ketelusan dan perkhidmatan berkualiti.

Malah, pembukaan enam cawangan baharu itu diharap dapat memudahkan lebih ramai masyarakat mendapatkan akses kepada emas dengan lebih yakin dan selesa, selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya simpanan aset dan perancangan kewangan.

Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Kedai Emas Sri Semantan cawangan Kajang, Selangor.

Kedai Emas Sri Semantan juga memberi bayangan bahawa lebih banyak cawangan bakal dibuka dalam masa terdekat selaras dengan perkembangan syarikat dan permintaan masyarakat.

Pada masa sama, syarikat berharap kehadirannya mampu memberi impak positif kepada ekonomi setempat dengan membuka peluang pekerjaan, melahirkan lebih ramai usahawan dan membuktikan syarikat tempatan juga mampu berkembang serta bersaing di peringkat nasional dan global.

“Insya-Allah, kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik dan berkembang bersama masyarakat,” katanya. – SUKSES NEWS

Previous post UGreat International lancar produk baharu dan raikan pengedar cemerlang pada acara UGreat New Wave 2026